Benua Amerika, GLOBAL, Kebenaran, VIDEO

Mengapa China tidak mahu Donald Trump bertemu dengan Ratu Cantik ini

Mengapa China tidak mahu Donald Trump bertemu dengan Ratu Cantik ini

Ratu Cantik Kanada Anastasia Lin mempunyai matlamat yang lebih penting daripada memenangi pertandingan Ratu Cantik Dunia di Washington hari ini.

Beliau berhasrat untuk memberitahu kepada dunia tentang aktiviti penjualan organ manusia yang berlaku di China.

2%e3%80%81%e6%9e%97%e8%80%b6%e5%87%a1aa

Sejak dua tahun lalu, Anastasia telah bergiat aktif di dalam gerakan aktivis bagi memperjuangkan hak asasi manusia di seluruh dunia.

Beliau telah memenangi pertandingan ratu cantik Kanada pada tahun 2015, tetapi tidak dibenarkan bertanding di Sanya, China kerana perjuangannya mendedahkan kegiatan penjualan organ manusia di China tidak disenangi negara tersebut.

lin4

Oleh sebab itu, beliau kini diberikan peluang kedua untuk mewakili Kanada ke pertandingan ratu cantik dunia yang diadakan di Washington DC, Amerika Syarikat, hari ini.

3003831_g_047e02_imgg

Ratu cantik Kanada itu dijadualkan untuk bertanding pada pertandingan ratu cantik dunia di China tahun lalu, tetapi beliau telah dilarang untuk memasuki negara tersebut kerana pendirian beliau memperjuangkan pergerakan Falun Gong yang dianiayai di China.

20151126-linyefan-7

Falun Dafa (atau Falun Gong) adalah amalan kehidupan yang berlandaskan prinsip kesejatian, kebaikan dan kesabaran yang damalkan sejak tahun 1992. Kumpulan ini mengamalkan 5 kaedah senaman Qigong yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit serta membantu di dalam peningkatan tahap kesihatan badan dan minda.

anastasia-lin-3

Namun, atas dasar syak wasangka dan perasaan cemburu, pada 20hb Julai 1999, bekas presiden Parti Komunis China (PKC), Jiang Zemin telah memulakan penindasan terhadap para pengamal Falun Gong di negara tersebut. Jiang merasakan kuasa politiknya terancam dengan tersebarnya amalan meditasi tersebut.

Para pengamal Falun Gong di negara China kemudiannya didesak supaya menghentikan amalan mereka. Sekiranya enggan, mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara dan penyeksaan.

34-01

Malah, dalam kalangan yang ditangkap, ada yang dikeluarkan organ-organ badan mereka hidup-hidup.

Members of Falun Gong spiritual movement perform against organ deprivation of Falun Gong followers during a rally of the International Society for Human Rights (ISHR) on April 14, 2012 in Cottbus, eastern Germany. China outlawed the Falun Gong, which combines meditation with Buddhist-inspired teachings, as an "evil cult" in mid-1999 and practitioners have subsequently faced often brutal repression. AFP PHOTO / ROBERT MICHAEL

( AFP PHOTO / ROBERT MICHAEL)

Sehingga hari ini, lebih daripada 4,000 pelatih yang dapat dikenal pasti telah didera sehingga mati. Dan terdapat jutaan lain yang hilang atau mati selepas organ-organ badan mereka dirampas.

Sejak penyisihan beliau tahun lepas, Anastasia telah menarik perhatian ramai. Malah, beliau telah memberikan keterangan di dewan parlimen British dan Eropah tentang penganiayaan yang berlaku di China tersebut.

20150723-am3a2532

Menurut beliau, pertandingan ratu cantik dunia memberikan platform untuknya berbicara dan memberikan harapan kepada mereka yang teraniaya.

Sewaktu beliau berusia 13 tahun, Anastasia dan ibunya telah berpindah ke Kanada. Sejak beliau memenangi pertandingan ratu cantik Kanada pada tahun 2015, kerajaan negara China telah memberikan tekanan terhadap bapanya.

Menurut Lin, “sejak tahun lalu, perniagaan ayah saya telah dimusnahkan. Syarikat milik beliau yang dahulunya mempunyai ratusan pekerja kini hanya mempunyai dua orang pekerja sahaja.”

20151127-linyefan-1

Walaupun hasratnya untuk memperjuangkan hak asasi manusia pada pertandingan ratu cantik dunia hari ini menjadi tumpuan utamanya, Anastasia tetap gusar memikirkan keadaan ayahnya di China.

Donald Trump merupakan seorang pakar di dalam menyerlahkan kelemahan pihak lawannya. Dan isu yang dibangkitkan Anastasia ini dilihat sebagai kelemahan besar yang cuba dilindungi negara China.

 ( Gary Gershoff/Getty Images for Cantor Fitzgerald)

( Gary Gershoff/Getty Images for Cantor Fitzgerald)

Keterangan Anastasia tentunya akan memberi kesan yang sangat buruk bagi negara China yang selama ini melakukan penganiayaan dan jenayah terhadap rakyatnya itu.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor