BISNES, Korporat, NASIONAL

Keputusan kewangan suku ketiga UMW terjejas ekoran kelembapan dalam industri minyak dan gas

Keputusan kewangan suku ketiga UMW terjejas ekoran kelembapan dalam industri minyak dan gas
Keadaan ekonomi industri minyak dan gas yang mencabar telah menjejaskan keputusan kewangan Kumpulan UMW. (Getty Images)

SHAH ALAM – UMW Holdings Berhad merekodkan hasil pulangan sebanyak RM2,856.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016. Nilai keuntungan yang diperoleh sebanyak RM676.4 juta atau 19.1% adalah lebih rendah berbanding keuntungan sebanyak RM3,533.2 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun 2015.  Keadaan ekonomi industri minyak dan gas yang mencabar ditambah dengan penyusutan mata wang ringgit yang berterusan telah menjejaskan keputusan kewangan Kumpulan UMW.

Menurut kenyataan dari kumpulan UMW lagi, syarikat tersebut melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM121.6 juta berbanding keuntungan sebanyak RM72.2 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Segmen automotif mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM2,263.4 juta pada suku tahun semasa, berbanding RM2,596.1 juta yang diperolehi pada suku yang sama tahun lalu. Penurunan ini disebabkan oleh sentimen pasaran yang lemah dan persaingan yang sengit di antara penggiat industri yang lain.  Jumlah keseluruhan industri bagi suku ketiga tahun ini mencecah 142,974 unit, iaitu penurunan sebanyak 12% berbanding 163,235 unit pada suku yang sama tahun 2015.

Perodua Bezza yang dilancarkan pada Julai 2016 telah menyumbang kepada keuntungan yang baik. (MYPerodua)

Perodua Bezza yang dilancarkan pada Julai 2016 telah menyumbang kepada keuntungan yang baik. (MYPerodua)

Walau bagaimanapun, jelas kumpulan UMW, keuntungan sebelum cukai meningkat dari RM113.4 juta pada suku ketiga tahun 2015 kepada RM133.5 juta pada suku ini.  Permintaan tinggi untuk model kenderaan baru, Perodua Bezza, yang dilancarkan pada Julai 2016 telah menyumbang kepada keuntungan yang lebih baik.

Hasil segmen jentera sebanyak RM342.8 juta bagi suku ketiga tahun 2016 menurun sebanyak 27.8% atau RM132.0 juta berbanding hasil sebanyak RM474.8 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun 2015.  Ini adalah disebabkan oleh penurunan jualan jentera ekoran dari kelembapan sektor perlombongan dan persaingan hebat dalam sektor pembinaan.  Prestasi jualan di Myanmar telah terjejas ekoran sekatan yang dikenakan oleh kerajaan baru Myanmar ke atas pengimportan jentera berat yang di bawa masuk ke negara itu.

Sejajar dengan hasil yang lebih rendah, keuntungan sebelum cukai menurun dari RM64.4 juta pada suku ketiga 2015 kepada RM33.6 juta pada suku ini.

Segmen pembuatan dan kejuruteraan mencatat hasil sebanyak RM144.6 juta pada suku ini, RM39.2 juta atau 21.3% lebih rendah dari hasil sebanyak RM183.8 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas. Walaupun hasil berkurangan, keuntungan sebelum cukai telah meningkat dari RM0.8 juta kepada RM2.5 juta pada suku ini disebabkan prestasi meningkat dalam sektor perniagaan penyerap kejutan kenderaan.

Manakala laporan dari kumpulan UMW juga merekodkan prestasi kewangan bagi segmen minyak dan gas (tersenarai di Bursa). Segmen  tersebut mencatatkan hasil sebanyak RM49.7 juta, iaitu penurunan sebanyak RM163.0 juta dari hasil sebanyak RM212.7 juta pada suku yang sama tahun 2015.  Penggunaan aset penjana pendapatan yang rendah dan penekanan terhadap kadar carter yang berterusan telah nyata sekali menjejaskan hasil keuntungan segmen ini.

Berikutan penurunan hasil ini, segmen minyak dan gas merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM133.0 juta berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM11.5 juta bagi suku yang sama tahun 2015.

Segmen minyak dan gas (tidak tersenarai di Bursa) pula mencatat hasil lebih rendah iaitu sebanyak RM58.4 juta pada suku ini, penurunan sebanyak RM11.6 juta berbanding RM70 juta pada suku yang sama tahun 2015.  Kemerosotan prestasi bagi segmen ini adalah disebabkan oleh harga pasaran minyak yang rendah.  Walau bagaimanapun pengurangan kerugian sebanyak RM36.1 juta dilaporkan berbanding kerugian sebanyak RM65.1 juta pada suku yang sama tahun 2015 disebabkan oleh kos operasi lebih rendah di Oman.

Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan UMW, Encik Badrul Feisal bin Abdul Rahim(kedua dari kiri) menerima anugerah daripada Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.(UMW)

Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan UMW, Encik Badrul Feisal bin Abdul Rahim(kedua dari kiri) menerima anugerah daripada Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.(UMW)

“Prestasi Kumpulan ini telah terjejas ekoran kelembapan industri minyak dan gas, penurunan permintaan pasaran tempatan terhadap kenderaan dan kemerosotan mata wang ringgit. Cabaran dan ketidaktentuan pasaran mungkin akan menambah tekanan ke atas nilai aset pada suku terakhir tahun ini dan akan memberi impak negatif kepada keputusan kewangan Kumpulan.

Pihak pengurusan akan terus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan operasi dan terus menambah baik potensi perniagaan,” kata Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan UMW, Encik Badrul Feisal bin Abdul Rahim.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor