Pelawak yang terkenal dengan jolokan ‘Uncle Roger’ telah memohon maaf kepada peminat China serta memadam video di laman YouTubenya.

Ia susulan video itu memaparkan seorang rakannya yang juga bintang YouTube menyuarakan kritikan terhadap Komunis China.

Uncle Roger atau nama sebenarnya, Nigel Ng itu sebelum ini ada memuat naik satu video kolaborasi dirinya dengan Mike Chen daripada saluran ‘Stricly Dumpling’ pada 11 Januari.

Hong Kong Free Press

Ng kemudiannya telah memadam video tersebut pada 12 Januari dan meminta maaf di laman Weibo dengan mengakui bahawa video itu “meninggalkan impak sosial yang buruk selepas dilaporkan pengguna.”

“Saya dan staf ingin memohon maaf kepada semua. Mengambil kira betapa seriusnya isu ini serta impak negatif video terbabit, kami telah berbincang dan memutuskan untuk memadamkannya”.

“Saya tidak perasan tentang pandangan politik beliau dan kenyataannya yang tidak betul mengenai China. Ia adalah atas kecuaian saya sendiri”, tulis Ng.

Ng turut menambah bahawa dia sememangnya menghargai kebudayaan China dan merayu agar peminatnya memberikan peluang untuknya membaiki diri.

Kritikan Tiananmen

Chen sebelum ini sering mengkritik Beijing di Twitter, selain menyuarakan keprihatinan terhadap minoriti Uighur serta menentang undang-undang keselamatan Hong Kong yang kontroversial.

@mikexingchen/Twitter

Menerusi tweet pada tahun 2019, Chen berkata bahawa sejak komunis mengambil alih pemerintahan, ia telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 40 juta orang (mungkin lebih) akibat kebuluran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mike Chen (@mikexingchen)

mikexingchen/Instagram

Jun tahun lalu, Chen meluahkan rasa simpatinya terhadap mangsa yang terbunuh ketika pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen pada tahun 1989.

“Hari ini merupakan ulangtahun ke-31 tentera Komunis China melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sekitar Dataran Tiananmen”.

“Rakyat Hong Kong menghadapi halangan yang serupa terhadap kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia”.

mikexingchen/Twitter

Tahun lalu, Ng mula tular setelah menerima lebih tiga juta ‘subscriber’ dengan menjadi watak Uncle Roger yang memakai baju polo berwarna jingga di YouTube.

Ketepikan moraliti

Tindakan Ng mengundang kecaman dan kritikan di Twitter. Seorang pengguna telah memberi komen bahawa pelawak itu sengaja ‘mengorbankan’ moralitinya untuk memuaskan peminat di China.

Sementara ada pengguna lain mengatakan bahawa dia bingung bagaimana orang di China bebas ‘menyerbu’ platform media sosial dan menuntut agar pencipta kandungan (content creator) seperti Ng untuk pro kepada Komunis China.

Salinan video yang dipadam, yang tidak mengandungi apa-apa rujukan politik masih tetap disiarkan di Facebook dan dijadikan video reaksi di YouTube.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular