Antara hal yang paling menyeronokkan ialah apabila kita berbicara dengan haiwan kesayangan dan mereka akan memberikan respons.

Mereka mungkin tidak memahami apa sebenarnya yang kita katakan tetapi mereka mendengar seolah-olah benar-benar faham dengan apa yang kita katakan.

Tidak cukup dengan itu mereka adakalanya akan membalas dengan mengeluarkan bunyi seakan-akan mahu memberi kata-kata semangat.

Facebook

Itulah yang dilakukan oleh kucing jenis Bengal bernama Zoe ini apabila pemiliknya berbicara dengannya. Setiap kali pemiliknya berbicara dengannya dia pasti akan menjawab balas seolah-olah dia juga punya pendapat sendiri dengan apa yang dikatakan oleh pemiliknya.

Facebook

Facebook

Apa yang paling menyeronokkan Zoe sangat mudah untuk diajak ‘berbual’. Sepertinya dia juga senang apabila ada yang melayannya.

Selain itu, Zoe juga nampaknya suka dibelai sehingga tidak mahu membiarkan tuannya berhenti membelai tubuhnya sehingga dia puas. Zoe juga mempunyai adik jantan yang turut sama aktif sepertinya.

Facebook

Facebook

Video comelnya itu telah dimuat naik di laman Facebook dan telah menerima lebih daripada 300 ribu ‘like’ daripada netizen di Facebook.

Ramai yang memuji kecomelan dan kelucuannya sehingga ada yang mengakui bahawa video Zoe telah membuatkan mereka tertawa menontonnya.

Comel sungguh telatah Zoe:

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular