Demi mengekang penularan wabak COVID-19 menjadi lebih tidak terkawal, kita sedia maklum bahawa kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sesetengah negeri.

Semasa PKP, orang ramai tidak dibenarkan untuk bergerak merentasi negeri mahupun daerah. Jika ingin berbuat demikian, anda harus melampirkan Borang Permit Pergerakan PKP.

Gambar Hiasan/Facebook

Begitu juga dengan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di mana terdapat juga Borang Permit Pergerakan (PKP).

Borang itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis sebelum mula melakukan pergerakan. Anda juga boleh muat turut Borang Permit Pergerakan PKP di sini.

Borang Permit Pergerakan PKP

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 12 January 2021

Polis Diraja Malaysia/Facebook

 

Dan juga boleh muat turut Borang Permit Pergerakan PKPB di sini.

Borang Permit Pergerakan PKPB

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 12 January 2021

Polis Diraja Malaysia/Facebook

Apa yang penting, anda perlulah ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan kebenaran pergerakan :

  1. Muat turun Borang Permit Pergerakan PKP atau PKPB (ikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di portal atau media sosial PDRM
  2. Isi borang selengkapnya dalam dua salinan
  3. Hantar kedua-dua borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan

Pastikan langkah di atas dipatuhi, maka perjalanan anda sama ada untuk merentas negeri mahupun daerah sudah tentu akan menjadi lancar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular