Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menetapkan bahawa pesakit COVID-19 tidak bergejala (tahap satu dan dua) untuk menjalani rawatan serta kuarantin di rumah.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, di mana ia akan dijalankan dengan pemantauan ketat petugas kesihatan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Keputusan tersebut diambil ekoran sistem penjagaan kesihatan di negara ini tidak mampu lagi untuk mengendalikan lonjakan kes harian yang agak tinggi.

New Straits Times

Ujar beliau, pasukan khas telah diwujudkan di peringkat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC), peringkat negeri dan daerah untuk memantau pesakit di rumah.

Pesakit yang bergejala walau bagaimanapun akan dirawat di hospital serta akan menjalani proses pemantauan seperti biasa.

Dr Adham juga berkata bahawa pesakit tahap satu dan dua akan dikenakan tempoh kuarantin selama 10 hari di rumah sebelum perlu menjalani ujian saringan pada hari terakhir.

Tahap klinikal pesakit COVID-19/KKM

“Ujian saringan akan dibuat pada hari ke-10 di rumah masing-masing. Jika mereka negatif, ini bermaksud mereka telah bebas COVID-19”, jelasnya.

Namun untuk kuarantin di rumah, Dr Adham berkata kakitangan kementeriannya perlu menilai aspek keluasan rumah serta bilangan isi rumah yang ada terlebih dahulu.

“Pasukan penilai telah diwujudkan bagi meneliti kesiapsiagaan isi rumah serta keadaan rumah. Jika rumah kecil, pesakit akan dibawa ke hospital”.

Gambar Hiasan/Facebook

“Sekiranya fasiliti rumah mencukupi dan ada bilik untuk diasingkan, serta keluarga memahami isu kuarantin dan pengasingan, selain memahami prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM, mereka akan dirawat di rumah”, katanya.

Beliau turut menambah bahawa perincian mengenai kuarantin dan rawatan di rumah itu akan diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham tidak lama lagi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular