Seorang doktor muda dari Malaysia telah berjaya menghasilkan tudung pakai buang yang pertama di United Kingdom untuk kegunaan pihak hospital.

Menurut laporan BBC, doktor muda yang dikenali sebagai Farah Roslan itu mula terinspirasi untuk mencipta tudung pakai buang berkenaan ketika menjalani latihan sebagai pelajar perubatan di Hospital Royal Derby dan Badan Amanah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Burton.

Girls

Tujuan Farah menghasilkan tudung pakai buang tersebut adalah untuk kegunaan para kakitangan hospital bukan sahaja yang beragama Islam tetapi juga doktor pakar bedah. Hal ini adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya kes jangkitan kuman ke atas pesakit.

Tambahan pula, memakai tudung yang sama sepanjang hari membuatkan Farah tidak berasa selesa dan yakin dari aspek kebersihan.

Girls

“Saya memakai tudung yang sama sepanjang hari menyebabkan ia tidak bersih dan kurang sesuai. Disebabkan itu, saya pernah diminta meninggalkan dewan bedah untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman kepada pesakit,” katanya kepada BBC Radio Derby.

“Saya sangat gembira kerana visi saya menjadi realiti dan tudung ini kini boleh digunakan oleh semua kakitangan,” kata Farah yang kini bekerja di Lincolnshire.

Girls

Sementara itu, University Hospitals of Derby and Burton NHS Foundation Trust (UHDBT) yang merupakan sebuah badan meliputi lima buah hospital dari selatan Derbyshire dan tenggara Staffordshire telah mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan tudung pakai buang tersebut dan berbangga kerana tudung ini telah mula diagihkan kepada semua hospital di bawah pentadbirannya sejak awal Disember lalu.

Gill Tierney, perunding pakar bedah yang melatih Farah ketika menuntut di Hospital Royal Derby menyatakan bahawa isu penggunaan tudung ini telah lama berlegar dalam industri namun baru kini ia dapat diselesaikan.

Girls

“Kami sedar ia adalah isu yang sentiasa timbul di dalam bilik pembedahan seluruh negara namun saya tidak fikir ianya telah diutarakan menggunakan saluran yang betul. Kosnya juga tidak terlalu tinggi dan saya berharap ia akan memberi impak yang besar,” jelas Gill lagi.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular