Kes positif COVID-19 di negara ini mencatatkan peningkatan yang mendadak dan sudah pasti ia amat membimbangkan.

Walaupun pihak berkuasa sudah menetapkan peraturan yang lebih tegas namun masih ada lagi individu yang alpa dan merisikokan keselamatan orang lain.

Di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS baru-baru ini mendedahkan bahawa seorang warga emas lelaki dikesan membalutkan pergelangan tangannya dengan tuala.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Atas dasar curiga, pengawal keselamatan di Kompleks Muhibbah Kampung Pandan bertindak memeriksa dan mendapati lelaki itu memakai gelang kuarantin.

Insiden itu dilaporkan berlaku sekitar jam 3 petang pada 12 Januari lepas. Jelas sekali bahawa lelaki itu tahu perbuatannya keluar semasa kuarantin adalah salah.

Oleh sebab itulah, individu tersebut bertindak menyorokkan pergelangan tangannya dengan balutan tuala agar tiada siapa yang nampak gelang kuarantin yang dipakainya.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Dalam pada itu, akaun tersebut turut meminta orang ramai yang ke lokasi kejadian khasnya yang bergejala seperti demam, pening, selesema atau batuk untuk segera ke hospital.

Buat mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin, patuhilah arahan pihak berkuasa. Jangan sesekali keluar daripada rumah hingga tamat tempoh kuarantin.

Usahlah kita pentingkan diri sendiri dan jadi penyebar wabak pula dalam komuniti ya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular