Musim tengkujuh yang saban tahun dialami di Malaysia nampaknya berjaya membuatkan ramai mangsa banjir menjadi semakin tenang dengan dugaan yang dihadapi.
Walaupun keadaan banjir yang dialami adalah berbeza-beza pada setiap tahun, namun nampaknya, ada juga antara mangsa banjir ini yang cuba untuk mencari kebahagiaan dalam kesulitan yang dialami.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna, @jameshairi telah memuat naik rakaman video yang menunjukkan bagaimana ‘tenangnya’ keadaan seorang mangsa banjir yang bergurau mahu memakan biskut sambil mencicah air ‘teh susu’.
Yang lucunya, air teh susu yang digunakan sememangnya tidak masuk akal, ianya adalah air banjir yang keruh dan memenuhi segenap ruang rumah!
Di permulaan video, rakaman menunjukkan bagaimana keadaan hujan dan banjir yang sedang dialami sebelum paparan menunjukkan seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi di tepi tingkap sambil memakan satu pek biskut.
Bagaimanapun, lelaki itu dengan spontannya mencelup biskut di dalam air banjir lantas melakukan gerakan olok-olok seperti mahu memakan biskut itu. Lucu betul!
Tetapi para penonton tidak perlu bimbang, kerana lelaki itu sememangnya hanya berlakon sahaja. Gerakan yang dilakukan pun hanya sekadar hiburan.
Banjir2 ni makan biskut pun sedap. Sempoi pic.twitter.com/1pHBc8leVk
— Pu ayen (@jameshairi) January 10, 2021
Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 8,700 sukaan, lebih dari 7,800 ulang kicau dan 89 komen dari warganet yang sememangnya berasa sangat terhibur dengan video spontan ini.
Lain dari yang lain betul idea lelaki ini ya!
Diharapkan, walaupun mangsa-mangsa banjir ini terpaksa berdepan dengan pelbagai kemusnahan dan kerugian, namun mereka tetap dapat menguatkan semangat dan tabah menghadapi ujian ini.
Maybe you're interested :
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Percubaan PKC baiki imej antarabangsa melalui pelancaran misi sokongan dan bantuan perubatan disangsi dunia
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan