Kalau sudah namanya bayi, tidak kiralah bayi manusia bahkan haiwan sekalipun, mereka akan sama – memerlukan penjagaan khusus yang rapi.
Itulah yang dialami oleh seekor anak rusa yang diberi nama Copper ini, di mana anak rusa malang ini asalnya menjadi mangsa langgar lari oleh kereta.
Pada ketika itu, Copper bersama ibunya. “Copper terbaring di jalan dan saya tak sanggup meninggalkan ia di sana kerana cuaca agak panas”, ujar wanita yang menjadi ‘ibu angkat’ Copper.
Wanita itu kemudian membawa Copper pulang ke rumah. “Copper dengan pantas selesa bersama saya dan saya tak sangka ia begitu manja”.

Sungguhpun begitu, wanita itu tidak membenarkan Copper berada di dalam rumah kerana fizikalnya yang sedemikian rupa.
“Saya mahu Copper dapat menyesuaikan diri berada di luar. Di luar, Copper akan berada di beranda sahaja sepanjang masa”.
Copper berkelakuan baik dan sangat penyayang. “Namun kamu tidak seharusnya berada di dalam rumah. Saya sayangkan kamu tetapi kamu tak boleh tinggal di dalam”.
View this post on Instagram
copperthadeer/Instagram
Setiap pagi, Copper akan muncul di hadapan pintu menunggu ibunya itu keluar melihatnya. Mukanya akan berada tepat di pintu.
Namun Copper tidak bersendirian di luar kerana anjing wanita itu, Rocky turut bersama menemani Copper. Mereka merupakan rakan karib.
Pada waktu-waktu biasa, Rocky akan mengikuti sahaja ke mana Copper pergi dan begitulah sebaliknya. Mereka sepertinya sukar dipisahkan.

“Copper adalah ‘bayangan’ Rocky”, tambah ibu angkat mereka. Kini Copper makin membesar menjadi rusa dewasa.
“Copper semakin membesar hingga tanda tompokannya semasa bayi kian hilang”. Dan Copper akhirnya akan ditumbuhi tanduk.
View this post on Instagram
copperthadeer/Instagram
Walaupun sudah dewasa, Copper masih lagi selesa berada di kawasan luar rumah wanita terbabit. “Saya sentiasa mengharapkan agar Copper muncul setiap hari”.
Namun ada harinya di mana Copper tidak muncul di rumah wanita itu. Akan tetapi, wanita itu tidak begitu bimbang memandangkan Copper sudah semakin dewasa.
“Copper tahu bagaimana untuk kekal hidup di habitat asalnya dan makin berdikari”, tambah wanita penyayang itu lagi.
View this post on Instagram
copperthadeer/Instagram
Pernah juga Copper pulang membawa seekor lagi rakan rusanya yang masih lagi kecil. Pandai bawa kawan pula..
Tambah wanita itu, Copper ternyata berasa takut dengan suami dan anak-anaknya walaupun wajah itu sudah biasa dilihatnya. Hanya ibunya sahaja yang Copper mahukan.
Copper akan disambut dengan penuh mesra dan kasih sayang oleh ibu angkatnya sepulangnya rusa tersebut di rumah wanita itu.
View this post on Instagram
copperthadeer/Instagram
Oleh kerana Copper sudah pun dewasa, wanita itu meletakkan tanda pada tanduknya kerana bimbang Copper diburu oleh pemburu di luar sana.
Semasa memandu pada suatu hari, wanita itu ternampak Copper bersama kawanannya. “Copper kelihatan sihat dan baik”.
“Saya berharap Copper akan pulang untuk berjumpa saya namun jauh di sudut hati, saya gembira melihatnya hidup dengan gembira di luar sana”.
Jom lihat video penuh Copper di bawah ini :
The Dodo/Facebook
Maybe you're interested :
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Dakwa Parti Komunis China secara paksa ambil organ komuniti Uighur, aktivis desak siasatan dilakukan