Wanita dan tudung boleh diibaratkan seperti satu hubungan yang paling ‘selamat’ di dunia. Apabila berbicara soal tudung, wanita akan bertindak sebagai pelindung dan akan melindungi tudung kesayangannya daripada diganggu oleh anasir-anasir luar. Dalam erti kata lain, kalau anda melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan tudung seseorang wanita berada dalam keadaan yang tidak diingini, nescaya anda akan menerima padahnya.

Baru-baru ini menerusi laman TikTok, telah tular sebuah video pendek membabitkan sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Ketika upacara pembatalan air sembahyang dilakukan, lelaki ini telah melakukan sesuatu yang paling tidak disukai oleh semua wanita bertudung iaitu menyentuh ‘awning’ tudung.

Gelagat pasangan pengantin baru ini cukup mencuitkan hati terutamanya tindak balas spontan si isteri sebaik sahaja suaminya memegang awning tudung. Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Anieysah ini dilihat terus mengalihkan tangan suaminya sebaik sahaja bahagian awning tudungnya disentuh. Malah, dia turut tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat kekok suaminya sehingga terpaksa dibetulkan kedudukan tangan oleh jurugambar.

Semua wanita yang menonton video ini pasti memahami mengapa si isteri bertindak sedemikian rupa. Ia adalah bagi mengelakkan awning tudung itu menjadi kemik, senget atau lembik. Apabila bentuk tudung tidak menjadi seperti apa yang kita inginkan, pasti kita juga tidak ada mood untuk bergambar.

Rata-rata warganet memberikan pelbagai respon berkenaan gelagat kedua pasangan mempelai yang mencuit hati ini.

Berikut merupakan antara komen yang diberikan oleh warganet:

“Alahai. Teringat dekat isteri. Setiap kali pagi raya mesti jauhkan diri dari periuk api (tudung yang telah digosok) ini”.

“Lebih jaga tudung daripada jaga hati suami”.

“Elok-elok letak tangan. Kalau rosak tudung, boleh tak bertegur 50 bulan”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular