Para elit politik di seluruh dunia telah mengkritik syarikat teknologi besar kerana telah menyekat Presiden Donald Trump daripada platform media sosial mereka.

Pada masa ini, Trump telah dilarang daripada menggunakan laman Twitter, Facebook, Pinterest, Snapchat, Reddit, dan Instagram.

OLIVIER DOULIERY/AFP via Getty Images

Twitter membuang akaun Trump secara kekal, dengan mengatakan bahawa catatannya baru-baru ini melanggar ‘Dasar Pemuliaan Keganasan’.

Canselor Jerman, Angela Merkel menyebut larangan Twitter terhadap Trump sebagai bermasalah dan mengatakan bahawa kebebasan berpendapat adalah hak yang penting”, kata jurucakapnya, Steffen Siebert pada 11 Januari.

“Hak asasi ini dapat diintervensi, tetapi menurut undang-undang dan dalam kerangka yang ditentukan oleh perundangan – ia bukan berdasarkan keputusan oleh pihak pengurusan platform media sosial”, kata Siebert.

“Dilihat daripada sudut ini, canselor menganggap sekatan terhadap akaun presiden AS secara kekal itu sebagai bermasalah”, katanya. Ia turut disokong oleh anggota kerajaan Perancis.

Angela Merkel ketika menjawab soalan mengenai dasar pemerintah Jerman di parlimen Bundestag, Berlin pada 16 Disember 2020. (ODD ANDERSEN/AFP via Getty Images)

Clement Beaune, menteri junior bagi urusan Kesatuan Eropah, mengatakan bahawa beliau terkejut bahawa syarikat swasta membuat keputusan seperti ini.

“Ini harus diputuskan oleh warga negara, bukan oleh CEO,” katanya kepada Bloomberg TV. “Perlu ada peraturan awam mengenai platform dalam talian yang besar”.

Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire juga mengecam tindakan itu dan mengatakan bahawa syarikat gergasi teknologi adalah sebahagian daripada oligarki digital yang merupakan ancaman kepada demokrasi.

Manfred Weber, pemimpin Parti Rakyat Eropah – sebuah parti politik berhaluan kanan-tengah, bersetuju dengan Beaune dan meminta peraturan syarikat tekonologi besar ditetapkan semula.

“Kami tidak boleh menyerahkannya kepada syarikat Big Tech AS untuk memutuskan sama ada ia boleh dibincangkan secara dalam talian”.

“Mekanisme hari ini menghancurkan pencarian kompromi dan pembinaan konsensus yang sangat penting dalam masyarakat bebas dan demokratik. Kami memerlukan pendekatan peraturan yang lebih ketat”, tulisnya di Twitter pada 11 Januari.

Sementara itu, pemimpin Parti Buruh haluan kiri Norway, Jonas Gahr Støre mengatakan bahawa penapisan Big Tech mengancam kebebasan politik di seluruh dunia.

Dia mengatakan bahawa Twitter perlu menerapkan standard yang sama di seluruh dunia seperti yang berlaku pada Trump.

“Ini adalah garis di mana kebebasan bersuara juga dipertaruhkan. Sekiranya Twitter bermula dengan hal sebegini, ini bermakna mereka harus mencari individu di seluruh dunia yang ‘terpesong’ lalu menutup akaun mereka”.

Michael McCormack di Dewan Parlimen di Canberra pada 16 Disember 2020. (Sam Mooy/Getty Images)

Kerajaan Australia juga menyebut larangan Trump sebagai tindakan ‘penapisan’.

Pemangku Perdana Menteri, Michael McCormack mengatakan, “Ramai yang telah mengatakan dan melakukan banyak perkara di Twitter sebelumnya yang tidak menerima kecaman seperti itu atau penapisan. Saya bukan orang yang mempercayai penapisan sebegitu”.

Bendahari, Josh Frydenberg mengatakan bahawa dia tidak selesa dengan larangan Twitter terhadap Trump. “Keputusan itu diambil oleh syarikat komersial, tetapi secara peribadi, saya merasa tidak selesa dengan apa yang mereka (Twitter) lakukan”, katanya.

Memetik kata-kata Voltaire, “Saya mungkin tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tetapi saya mempertahankan hak untuk mengatakannya”, kata Frydenberg yang menekankan kebebasan bersuara adalah asas bagi masyarakat demokratik.

Anggota dan senator Parti Liberal, Alex Antic pula mengatakan bahawa beliau akan mendorong Jawatankuasa Pilihan Senat ke pengaruh Big Tech dan penapisan idea politik ketika Parlimen Australia disambung semula bulan depan.

Antic memberitahu The Epoch Times pada 12 Januari bahawa akan kekhuatirannya mengenai Big Tech yang dengan mudah menapis satu sisi perbahasan.

“Proses demokrasi kita didasarkan pada kemampuan untuk berkongsi idea secara bebas dan terdedah kepada sudut pandang yang mencabar. Sangat penting bagi integriti proses tersebut agar syarikat Big Tech tidak menapis satu perbahasan”, kata Antic.

Presiden Mexico, Manuel López Obrador juga menyetujui rakan sejawat globalnya, dengan Reuters melaporkan bahawa beliau mengatakan itu adalah petanda buruk ketika syarikat swasta berusaha menapis pendapat.

Obrador mengatakan ‘mahkamah penapisan seperti penyelidikan untuk mengurus pendapat umum’. “Saya tidak suka ada yang ditapis atau mengambil hak untuk menghantar mesej di Twitter atau Facebook”, katanya.

Di Rusia, pemimpin pembangkang, Alexey Navalny, yang merupakan juru kempen anti-korupsi mengatakan bahawa beliau percaya larangan itu merupakan bentuk penapisan yang tidak dapat diterima dan didasarkan pada keperluan pilihan politik Twitter.

Dalam bebenangnya di platform itu pada 10 Januari, Navalny berkata, “Jangan kata beliau dilarang kerana melanggar peraturan Twitter. Saya mendapat ancaman bunuh di sini setiap hari selama bertahun-tahun dan Twitter tidak melarang sesiapa pun”.

Alexei Navalny ketika bercakap semasa sesi tunjuk perasaan politik di Moscow pada tahun 2019. (VASILY MAXIMOV/AFP via Getty Images)

Beliau menyatakan bahawa pola ini pernah dilihat sebelumnya di Rusia dan China ketika syarikat-syarikat besar menggunakan posisi mereka untuk menjadi ‘sahabat dan pembantu pemerintah’ ketika pelaksanaan undang-undang penapisan.

“Keadaan ini akan dimanfaatkan oleh musuh kebebasan bersuara di seluruh dunia. Di Rusia juga. Setiap kali mereka perlu ‘mendiamkan’ seseorang, mereka akan berkata, “Ini adalah amalan biasa, bahkan Trump juga disekat di Twitter”, tulisnya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular