Kehilangan insan tersayang buat selamanya sememangnya memberikan kesan yang mendalam dan ianya mungkin sukar untuk diterima.
Selain kenangan bersama mereka, mungkin foto mereka sebelum meninggal dunia sering menjadi ‘pengubat’ kepada rindu yang tersimpan buat mereka.
Seorang lelaki dari Jepun yang kebosanan baru-baru ini menemui imej yang amat bermakna baginya setelah membuka Google Earth.
コロナでやる事ないからGoogleEarthで実家見に行ったら7年前に死んだ親父が写ってた。その先に人が居たから見に行ったら母ちゃんだった。一服しながら奥さんの帰りを待ってたんだな。無口だけど優しい親父だった。このままこの場所の写真更新しないで欲しいな。 pic.twitter.com/PXxBICAxmz
— タムチンキ (@TeacherUfo) January 4, 2021
Lelaki tersebut yang dilanda kebosanan tatkala kuarantin di rumah bertindak mencari lokasi rumah orang tuanya menerusi laman tersebut.
Dan dia menemukan ibu dan mendiang bapanya di laman tersebut..
Lelaki itu yang menggunakan nama akaun @TeacherUfo kemudian berkongsikan kisahnya di laman Twitter.
Semasa mencari rumah ibu bapanya di Google Earth, dia ternampak satu figura yang sangat dikenalinya – berdiri di tepi jalan di hadapan rumah.

Figura itu ternyata mendiang bapanya yang sudah meninggal dunia tujuh tahun yang lalu. Nampaknya bukan itu sahaja yang ditemuinya.
Melihat dengan lebih lanjut, lelaki itu kemudian menemukan foto ibunya yang sedang berjalan dalam jarak yang tidak begitu jauh.
“Nampaknya bapa saya sedang menunggu isterinya pulang ke rumah ketika waktu rehat”, tulis lelaki berkenaan di Twitter.

Tambahnya, mendiang bapa yang sangat dirinduinya itu merupakan seorang yang pendiam, baik hati dan penyayang.
“Saya harap mereka (Google) akan kekalkan imej lokasi ini seperti ini”, katanya lagi.
Maybe you're interested :
- Pakar virologi China mendedahkan bahawa Beijing menutup berita sebenar mengenai COVID-19, terpaksa dapatkan perlindungan suaka di AS
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai