Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sudah mula berkongsi lokasi tepat kluster COVID-19 di beberapa tempat di dalam negara.
Jika diamati butiran yang dikeluarkan oleh KKM, pembaca dapat mengetahui jalan ataupun kawasan kejiranan yang dijangkiti COVID-19 secara spesifik.
Perubahan ini dilaporkan mula berlaku pada laporan 11 Januari dan sebelum ini, KKM hanya berkongsi daerah yang terdapat kluster COVID-19 sahaja.
Perubahan pada laporan yang baharu ini mula disedari oleh wartawan Malaysiakini, Aidila Razak yang berkongsi perkara itu di laman Twitternya.
Also, for the first time, KKM is releasing exact locations of clusters.https://t.co/Gjca0OklNF pic.twitter.com/0IgOyHjWNf
— Aidila Razak (@aidilarazak) January 12, 2021
Perubahan itu diterima baik oleh netizen yang sebelum ini sudah lama meminta pihak Kementerian untuk berkongsi lokasi kluster secara terperinci.
Selain daripada kawasan kejiranan dan perumahan, KKM turut mendedahkan lokasi kluster di kawasan awam termasuklah di pasaraya mahupun kilang.
Bahkan jumlah kluster, tarikh kluster tersebut dikesan dan maklumat mengenai lokasi kes indeks turut dilampirkan.
Di samping itu, butiran mengenai individu yang dijangkiti itu dikesan sama ada secara rawak, di tempat kerja ataupun di dalam komuniti turut diperincikan.
Kenyataan tersebut juga menyatakan sama ada kluster COVID-19 muncul daripada kes indeks yang mempunyai gejala penyakit pernafasan akut (SARI) yang teruk.
Ini kerana maklumat penting sebegini berupaya untuk mengelakkan individu yang mempunyai gejala SARI daripada menyebarkan virus ini kepada yang lain.
Maybe you're interested :