Kes COVID-19 mencatatkan trend peningkatan bukan sahaja di Malaysia, bahkan di kebanyakan negara di seluruh dunia.
Namun keadaan itu sedikit sebanyak tidak menghalang niat pasangan dari Indonesia ini untuk bercuti di Bali dengan menaiki pesawat.
Oleh kerana bimbang dengan penularan dan jangkitan wabak tersebut, si suami dilaporkan menempah keseluruhan pesawat itu untuk ke Bali bersama isterinya.
Percutian mereka itu difahamkan bertujuan untuk meraikan sambutan tahun baru tempoh hari dan fotonya telah dikongsikan si suami di laman ‘story’ Instagramnya.

Menurut laporan, lelaki itu telah menempah keseluruhan pesawat dengan kos lebih kurang 75 juta hingga 110 juta Rupiah (RM21, 425 hingga RM31,581).
Jelas kita dapat lihat menerusi foto yang dikongsikan lelaki tersebut menunjukkan tiada siapa pun di dalam pesawat itu melainkan mereka berdua sebagai penumpang!
Nampak macam jet peribadi pula, bukan? Menurut sumber, dia menggunakan khidmat syarikat penerbangan komersial Batik Air untuk ke sana.
View this post on Instagram
richardmuljadi/Instagram
“Setelah saya tempah sebanyak mungkin tempat duduk, harganya tetap lebih murah berbanding menyewa jet peribadi. Itulah helahnya, rakan-rakan”, tulisnya.
Difahamkan bahawa dia dan isteri tidak akan menaiki mana-mana pesawat melainkan hanya mereka berdua sahaja sebagai penumpang ekoran takut dijangkiti COVID-19.
Maybe you're interested :
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Parti Komunis China didapati tetap meneruskan aktiviti jenayah penuaian organ manusia walaupun dalam keadaan wabak yang menular