Facebook mengumumkan pada 11 Januari bahawa pihaknya akan menghapus semua kandungan yang mengandungi ungkapan ‘Stop the Steal’ menjelang Hari Pelantikan Presiden yang dipilih Joe Biden pada 20 Januari 2021.

Syarikat itu mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa mereka akan memadam kandungan yang mengandungi ungkapan yang digunakan oleh penyokong Presiden Donald Trump untuk mempersoalkan integriti pilihan raya 2020. Penyokong Trump mengadakan beberapa tunjuk perasaan di seluruh negara yang menyebut ‘Stop the Steal’ atau ‘Hentikan Mencuri’ selepas pilihan raya 3 November 2020.

Syarikat media sosial itu berkata langkah itu adalah usaha untuk menghapus kandungan yang “berkemungkinan boleh menimbulkan keganasan lebih lanjut selama beberapa minggu ke hadapan.” Kandungan akan dipadam di bawah polisi Koordinasi Keselamatan syarikat.

Logo Facebook (REUTERS/Dado Ruvic)

“Kami telah membenarkan perbualan yang teguh berkaitan dengan keputusan pilihan raya dan itu akan diteruskan,” kata pegawai Facebook Guy Rosen dan Monika Bickert dalam satu kenyataan.

“Namun dengan meneruskan percubaan untuk mengatur acara yang bertentangan dengan keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang boleh mencetuskan keganasan, dan penggunaan istilah oleh mereka yang terlibat dalam keganasan pada hari Rabu di DC, maka kami telah mengambil langkah tambahan ini menjelang hari pelantikan,” kata Facebook.

Langkah ini berikutan syarikat teknologi besar telah meningkatkan usaha untuk memantau kandungan yang mereka dakwa berpotensi mencetuskan bahaya di luar talian. Polisi terbaru syarikat bermula selepas kumpulan perusuh sivil dan tindakan keganasan merosakkan perhimpunan aman di Capitol Amerika Syarikat pada 6 Januari.

Sekumpulan perusuh dan sebilangan kecil penunjuk perasaan mengibarkan bendera Amerika Syarikat dan sepanduk Trump telah menceroboh bangunan Capitol secara haram ketika penggubal undang-undang mengira undi elektoral dalam sidang bersama Kongres. Rusuhan pada hari itu telah menyebabkan lima orang terkorban, di mana tiga atas alasan perubatan serta puluhan anggota polis tercedera.

Penunjuk perasaan di bangunan Capitol di Washington pada 6 Januari 2021 (Gambar oleh Brandon Drey)

Facebook berkata mereka mempunyai pasukan yang bekerja 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk menguatkuasakan polisi tersebut menjelang dan sehingga atau selepas 20 Januari. Mereka berkata telah menghapuskan beberapa posting yang signifikan.

“Kami akan memastikan Pusat Operasi Integriti beroperasi sekurang-kurangnya sehingga 22 Januari untuk memantau dan memberi tindak balas terhadap ancaman ketika waktu nyata,” kata syarikat itu.

Syarikat Facebook telah menggantung akaun Trump buat selama-lamanya di platform itu, juga menghentikan iklan di Amerika Syarikat berkaitan politik dan pilihan raya sambil menyatakan bahawa ia menyimpan sejumlah langkah dan sekatan yang berlaku sebelum pilihan raya Amerika Syarikat, seperti tidak mengesyorkan kumpulan sivik untuk disertai oleh penggunanya.

‘Ringkasan berita’ akan ditambah ke bahagian berita platform itu sehingga penggunanya dapat ‘mencari berita yang boleh dipercayai’ tentang 20 Januari, tambah syarikat itu.

Penyelarasan yang disasarkan oleh Facebook, Twitter, dan syarikat di Silicon Valley yang lain telah menimbulkan kebimbangan ramai pihak mengenai hak ‘First Amendment’ dan kurangnya polisi semak dan imbang terhadap keputusan yang dibuat oleh syarikat teknologi besar. 

Perbincangan mengenai mengehadkan atau menghapuskan perlindungan liabiliti di bawah ‘Section 230, Communication Decency Act of 1996’ untuk syarikat teknologi yang terlibat dalam penapisan atau tingkah laku politik telah banyak dibincangkan pada tahun lalu.

Logo Facebook dan Twitter di Malaga, Spain pada 4 Jun 2018 (Reuters/Jon Nazca)

Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika Syarikat (ACLU) juga menyatakan keprihatinannya terhadap keputusan Twitter untuk menggantung Trump dari media sosial, dengan menyatakan bahawa ia dapat menjadi duluan buat syarikat teknologi besar lain untuk menghalang kebebasan bersuara.

“Kami memahami keinginan untuk menggantungnya secara kekal sekarang, tetapi ini patut menjadi kebimbangan semua pihak apabila syarikat seperti Facebook dan Twitter menggunakan kuasa yang tidak disemak dan diimbang untuk mengeluarkan orang tertentu dari platform yang telah menjadi sangat diperlukan untuk suara berbilion orang – terutama ketika kenyataan politik membuat keputusan lebih mudah,” kenyataan ACLU yang dipetik.

Apple, Google dan Amazon juga telah melakukan pemeriksaan yang lebih meluas untuk menggantung dan mengenakan larangan ke atas Parler, rangkaian media sosial dari perkhidmatan mereka. Parler yang telah menarik ramai pengguna liberal dan konservatif klasik, telah memfailkan tuntutan terhadap Amazon dalam usaha untuk membatalkan keputusan syarikat gergasi itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular