Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, CEO Elon Musk menggesa orang ramai menggunakan aplikasi pesanan, Signal susulan tindakan WhatsApp yang memaksa pengguna untuk bersetuju dengan terma baharu perkhidmatan aplikasi terkemuka itu.
Menerusi laman Twitter, Elon Musk yang juga CEO SpaceX pada 7 Januari secara ringkas menulis, “Guna Signal”.
Ini bukan pertama kali Elon Musk mengkritik syarikat teknologi gergasi Facebook milik Mark Zuckerberg itu.
Use Signal
— Elon Musk (@elonmusk) January 7, 2021
Mengikut terma baharu, WhatsApp meminta kira-kira dua bilion penggunanya untuk memenuhi syarat perkhidmatan bagi membolehkan ia berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat induknya, Facebook.
Maklumat-maklumat termasuk data peribadi yang dikumpulkan oleh WhatsApp seperti alamat IP dan nombor telefon pengguna.
Kemas kini aplikasi tersebut mencetuskan kritikan dalam kalangan pengguna kerana mereka perlu bersetuju dengan terma baru tersebut.
You can make an app used by many millions of people that has no data…Cool chart by @forbes & @UKZak ???????????? https://t.co/gWFqyIeoZ3 pic.twitter.com/Unngddaq5M
— Signal (@signalapp) January 5, 2021
Jika tidak, akses seperti permintaan video dan pesanan suara akan dihentikan mulai 8 Februari.
Aplikasi Signal mula diperkenalkan pada 2014 oleh Signal Foundation yang ditubuhkan oleh bekas pengasas WhatsApp, Brien Acton.
Aplikasi yang menggunakan tagline ‘say hello to privacy’ itu dijangka menjadi pesaing kepada aplikasi WhatsApp.
Maybe you're interested :
- Penculikan serta pembunuhan terhadap pengamal Falun Gong terus berlaku di seluruh China ketika pandemik
- Tidak mahu membazir ikan peliharaan yang telah mati, wanita ini nekad masak sup ikan koi Jepun!
- “Jika ada pertanyaan, sila tanyakan kepada kucing ini,” pemilik kedai selamba tinggalkan kedai kerana percaya ia akan dijaga oleh kucingnya