Profesor Emeritus Undang-Undang dari Universiti Harvard, Alan Dershowitz menyatakan bahawa Demokrat hampir tidak mempunyai peluang untuk berjaya mencabar dan memecat Presiden Donald Trump sebelum Hari Pelantikan pada 20 Januari.

“Kes ini tidak dapat dibicarakan di Senat. Kerana Senat mempunyai peraturan, dan peraturan tersebut tidak akan membenarkan kes itu dibicarakan sehingga, berdasarkan jumlah majoriti pemimpin, hingga jam 1 petang pada 20 Januari, sejam selepas Presiden Trump meninggalkan pejabat,” kata Dershowitz dalam wawancara Fox Business pada 10 Januari.

Dershowitz, yang membela Trump semasa perbicaraan pemecatan di Senat kira-kira setahun yang lalu, mencadangkan bahawa Perlembagaan Amerika Syarikat tidak membenarkan pemecatan bekas presiden.

Presiden Donald Trump di Rumah Putih, Washington pada 12 Disember 2020. ( Gambar AP/Patrick Semansky)

“Dan Perlembagaan secara khusus menyatakan, Presiden akan dipecat daripada jawatan atas sebab pemecatan. Ia tidak menyatakan bekas presiden. Kongres tidak memiliki kuasa untuk mendakwa atau membicarakan warganegara peribadi, baik warganegara itu bernama Donald Trump atau bernama Barack Obama atau orang lain,” kata Dershowitz.

Ini berlaku ketika Dewan Demokrat telah membangkitkan usul pemecatan menurut peruntukan undang-undang setelah Trump memberi ucapan kepada penunjuk perasaan berhampiran Capitol. Beberapa pengkritik mendakwa Trump telah menghasut orang awam untuk bertindak melakukan kekerasan dan keganasan sebelum sebuah kumpulan menyerbu bangunan Capitol.

Trump memberitahu penyokongnya dan orang ramai sebelum itu bahawa protes mereka menunjukkan ‘kebanggaan dan keberanian yang mereka perlukan untuk mengambil alih kembali negara’ dan ‘mari kita berjalan menyusuri Pennsylvania Avenue’. Presiden itu tidak memberitahu para penyokongnya untuk menceroboh Capitol atau melakukan keganasan dan kemudian mengecam mereka.

Pada satu ketika, Trump memberitahu para penyokong untuk ‘secara damai dan patriotik membuat suara mereka didengar’.

Seorang lagi pembela Trump semasa siasatan pemecatan di Dewan Senat, profesor undang-undang Jonathan Turley, menjelaskan bahawa untuk mencabar Trump berdasarkan ucapannya akan menjadi duluan yang berbahaya.

“Ketika saya memberi bukti dan keterangan dalam perbicaraan pemecatan Donald Trump dan Bill Clinton, saya menekankan bahawa peruntukan dalam pendakwaan tidak harus didasarkan kepada mana-mana salah laku atau jenayah yang jelas tetapi Kongres telah melihat kod jenayah untuk menimbang kesalahan untuk pemecatan,” menurut pendapatnya.

Tambahnya lagi, “Untuk salah laku yang kontroversi ini sekarang, perbandingan seperti itu akan menghilangkan tuntutan dan cabaran hasutan jenayah. Walaupun kata-katanya bersifat meluas dan berjustifikasi untuk dikecam, Trump sebenarnya tidak pernah mendorong kepada kekerasan atau rusuhan. Tetapi beliau menggesa para penyokongnya untuk berarak ke Capitol untuk meningkatkan tentangan mereka terhadap pengesahan undi elektoral dan kembali untuk menyokong cabaran yang dibuat oleh beberapa anggota Kongres baru-baru ini.”

Sementara itu, Demokrat dan beberapa ahli Republikan membentangkan usul akan idea kabinet Trump untuk melaksanakan peruntukan ‘25th Amendment’, berkaitan penggantian naib presiden jika presiden meninggal dunia, meletak jawatan, atau dipecat dari jawatan.

Setiausaha Perumahan dan Pembangunan Bandar Ben Carson, anggota kabinet Trump, menolak usul meminda peruntukan ‘25th Amendment’.

“Sebagai warganegara, kita perlu pulih. Saya tidak memperkatakan kepada sesiapa mengenai cadangan menggunakan ‘25th Amendment’, dan saya fokus menyelesaikan apa yang saya mulakan demi mengangkat martabat lelaki dan wanita Amerika Syarikat yang dilupakan. Inilah masanya untuk bergerak menuju perdamaian. Bukan menjadi musuh antara satu sama lain!” Carson menulis.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular