Tekanan atau stress adalah sesuatu yang memang sukar untuk dielakkan. Jangan kata di tempat kerja, malah di rumah kadang-kala kita boleh tertekan.

Terpaksa berasak-asak dalam pengangkutan awam atau tersekat dalam kesesakan jalan raya juga mendatangkan tekanan buat sesetengah orang. Perkara tersebut adalah lumrah tetapi perlu ditangani dengan bijak.

Gambar Hiasan/Pixabay

Sebelum itu, anda perlu tahu apakah punca kepada tekanan yang sedang anda hadapi. Berikut adalah ujian psikologi yang boleh melihat punca kepada tekanan anda. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menjawab lima soalan, dan jawapan anda akan memberitahu apakah sebabnya anda mengalami tekanan.

1. Apakah kata-kata semangat yang sering anda katakan kepada diri sendiri?

  1. Saya mahu menjadi kuat
  2. Ini adalah untuk kebaikan kamu sendiri
  3. Saya boleh melakukannya
  4. “Bagaimana jika orang lain tidak menyukai saya?”
Gambar Hiasan/Unsplash

2. Apakah perkara yang penting di tempat kerja?

  1. Kesempurnaan
  2. Kerja Berpasukan
  3. Kefahaman terhadap diri sendiri
  4. Kesabaran

3. Buat janji temu dengan rakan baik anda, tetapi dia tidak muncul, anda akan berfikir …

  1. “Tidak akan sekali-kali memaafkannya kerana terlambat!”
  2. Bimbang kerana munngkin ada sesuatu yang berlaku kepadanya
  3. Masa menunggu membosankan, jadi anda mula mencari perkara menarik untuk dilakukan
  4.  Rasa cemas, bimbang sama ada anda telah melakukan sesuatu yang salah
Gambar Hiasan/Unsplash

4. Apa yang sangat penting ketika anda jatuh cinta?

  1. Kejujuran
  2. Kasih sayang
  3. Sering merasakan debaran
  4. Rasa selamat
Gambar Hiasan/Unsplash

5. Sekiranya anda melihat seseorang dalam masalah …

  1. Rasa keadilan dalam diri memberitahu saya untuk menolongnya
  2. Memeluknya dengan lembut
  3. Senyum kepadanya
  4. Berpura-pura tidak melihat apa yang terjadi

Sudah pilih jawapan kepada semua soalan tersebut? Sekarang, lihat pula keputusannya. Kenyataan di bawah mungkin sedikit sebanyak menceritakan tentang diri anda dan punca kepada tekanan anda.

Gambar Hiasan/Unsplash

Jenis A: Punca tekanan terbesar adalah “jurang antara ideal dan realiti”

Anda adalah orang yang hidup mengikut  jangkaan atau ‘expectation’ anda sendiri. Anda mempunyai keperibadian yang tenang dan jenis yang mantap dan stabil, tetapi terkadang anda akan memberi banyak tekanan kepada diri sendiri. Apabila anda tidak dapat mencapai matlamat yang anda tetapkan, anda akan menyalahkan diri sendiri dan mula tertekan.

Namun, harus diingat bahawa jika anda terus menanggung beban yang terlalu banyak, kecekapan  untuk anda melakukan sesuatu akan berkurang. Apa yang pelu dillakukan ialah dengan meluangkan waktu untuk berehat supaya keadaan akan menjadi lebih baik.

Gambar Hiasan/Unsplash

Jenis B: Punca tekanan terbesar adalah “Tidak ada yang memerlukan anda”

Anda adalah orang yang sangat menghargai rakan-rakan. Anda selalu memikirkan orang lain ketika anda melakukan sesuatu, jadi orang di sekitar anda mempercayai anda.

Namun, keperibadian anda yang selalu baik kepada orang lain juga menyebabkan anda selalu kesunyian, yang akhirnya membuatkan anda merasa tertekan. Jadi, jika apabila anda merasa terbeban, anda perlu belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dan melakukan sesuatu yang membuatkan anda bertenaga dan bersemangat.

Gambar Hiasan/Unsplash

Jenis C: Punca tekanan terbesar adalah “apabila anda tidak boleh menjadi diri sendiri”

Anda adalah orang yang bebas dalam hidup. Anda selalu melakukan apa sahaja yang anda mahukan dan anda jujur ​​dengan emosi sendiri. Oleh itu, apabila anda menghadapi situasi tertentu yang membuatkan anda tidak dapat melakukan apa yang anda mahu lakukan, anda akan mula merasakan tekanan yang luar biasa.

Jadi, jika hal ini berlaku, jangan cuba paksa diri untuk berubah. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menerima keadaan semasa dan lakukan satu perkara mengikut kemampuan sendiri. Ini dapat membantu mental anda menjadi lebih stabil.

Gambar Hiasan/PXhere

Jenis D: Punca tekanan terbesar adalah “apabila orang lain memberitahu saya apa yang harus saya lakukan”

Anda adalah orang yang sering memerhatikan keadaan sekeliling. Agar tidak merosakkan hubungan dengan orang lain, anda sering memilih untuk mengikuti idea orang lain. Walaupun anda tidak menyukainya atau ingin meluahkan perasaan anda, anda tidak boleh bercakap kerana anda bimbang orang lain membenci anda.

Memandangkan anda tiada cara untuk menolak orang lain, anda akan selalu merasa tertekan. Cara untuk mengurangkan tekanan ialah dengan belajar cara untuk mengekspresikan perasaan anda yang sebenar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular