Dalam situasi pandemik yang melanda kini, para mahasiswa universiti adalah antara golongan yang turut terkesan dari segi norma pembelajaran yang kian berubah. Bukan itu sahaja, bagi para mahasiswa yang sudah berjaya menamatkan pengajian pun, mereka tidak boleh menerima sijil pengajian di atas pentas dan diraikan dengan majlis yang gilang-gemilang seperti yang biasa dilakukan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @kumitatataaa telah berjaya menamatkan pengajiannya dan menerima sijil akademiknya menerusi pos. Dan kerana dia tidak mempunyai majlis graduasi yang gilang-gemilang, @kumitatataaa telah memutuskan untuk ‘menganjurkan’ majlis graduasinya sendiri dengan cara yang paling mudah.

Sebaik sahaja menerima kiriman pos sijilnya itu, @kumitatataaa meminta pekerja pos yang menghantar kirimannya itu untuk bergambar bersamanya, dan berlakon menjadi Canselor yang sepatutnya menyampaikan sijil akademiknya itu kepadanya.

Dan nampaknya, abang Pos Laju itu dengan gembiranya sudi meraikan @kumitatataaa dan mereka bergambar dengan gembira bersama.

“Saya menerima sijil Ijazah Sarjana Muda daripada abang yang sangat cool ini semalam, jadi kami mengambil gambar bersama… hari ini dia datang semula ke rumah saya untuk mengambil nombor saya kerana dia mahukan gambar itu juga,” tulis @kumitatataaa dalam kirimannya.

Walaupun ‘majlis graduasi’ yang diadakan ini adalah sangat spontan, tetapi nampaknya tiada siapa yang dapat menolak rasa gembira dan bangga apabila berjaya menamatkan pengajian mereka di univerisiti. Tahniah diucapkan kepada @kumitatataaa dan terima kasih kepada abang Pos Laju yang tidak lokek berkongsi kegembiraan bersama pelanggannya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular