Berbeza dengan haiwan yang lain, kucing lazimnya membuktikan kasih-sayang kepada pemiliknya dengan membawa pulang hasil ‘buruan’. Dan China, seekor kucing yang dipelihara oleh Monica, nampaknya memang gemar membawa pulang hasil buruannya pada setiap hari.

Songs of My Felines/Instagram

Walau bagaimanapun, China mempunyai perspektif berbeza tentang hadiah yang ingin dibawa pulang. Lazimnya, kucing akan membawa pulang hasil buruan seperti bangkai haiwan yang berjaya ditewaskan di luar rumah. Tetapi bagi China, apa sahaja objek yang ditemuinya di luar rumah adalah hadiah buruannya.

Atau dalam kata lainnya, China mencuri apa sahaja objek yang ditemuinya di kawasan kejiranan untuk dibawa pulang kepada Monica.

Songs of My Felines/Instagram

“China memulakan kegiatannya ketika China berumur 2-3 tahun dengan mengambil stoking bersih rakan serumah saya. Pada suatu hari kami sedang bersantai di atas sofa dan terdengar suaranya. China melakukan bunyi yang aneh jadi kami mencarinya dan menemuinya sedang menjatuhkan stokin itu di hadapan pintu bilik saya.

“Momen itu adalah momen yang paling lucu yang pernah kami lihat!” kata Monica menceritakan tentang pengalaman pertamanya mengetahui tentang kegiatan China.

Songs of My Felines/Instagram

Tidak lama selepas itu, kegiatan China semakin tidak terkawal. China akan mencuri stoking milik rakan serumah Monica dan mengumpulkan kesemuanya di hadapan pintu bilik Monica sebelum akhirnya Monica pindah keluar dari rumah itu ke satu kawasan kejiranan yang lain.

Selepas berpindah, nampaknya China semakin ‘meluaskan’ kawasan operasinya apabila China mula menjelajah di kawasan kejiranan pula untuk mencuri apa sahaja objek yang ditemuinya.

Songs of My Felines/Instagram

Songs of My Felines/Instagram

China akan mencuri segalanya, tidak kiralah dari sekecil-kecil objek seperti pemetik api, anak panah, uncang teh, rokok, wayar aluminium sehinggalah sebesar-besar objek seperti gunting, stoking, sarung tangan, pemancur air halaman, mentol lampu, surat dan sebagainya. Semua pun diambilnya!

Disebabkan itu, Monica berasa bimbang dengan penerimaan orang lain yang mungkin tidak percaya tentang dakwaannya terhadap China.

“Jadi, saya memutuskan untuk memasang kamera. Saya rasa seperti tiada siapa yang akan mempercayai saya. Perkara ini terlalu lucu. Rakan-rakan saya sangat menyukainya dan perkara ini menceriakan hari mereka.”

“China mempunyai karekter yang lain dari yang lain dan saya fikir ramai orang akan terhibur melihat perkara ini, jadi saya mulakan rakaman bertajuk ‘Songs of My Felines,” kata Monica.

Songs of My Felines/Instagram

Songs of My Felines/Instagram

Songs of My Felines/Instagram

Bagaimanapun, Monica mempunyai kebimbangan bahawa jiran-jiran baharunya yang mungkin tidak faham tentang aktiviti aneh kucing kesayangannya itu. Disebabkan itu, Monica telah menghantar semula objek yang dicuri oleh China di rumah pemilik objek berkenaan dan meninggalkan nota yang memberi penerangan tentang kegiatan kucingnya.

“Saya tinggalkan sebuah beg dengan objek kepunyaan mereka bersekali dengan sekeping nota yang menerangkan tentang apa yang berlaku bersama dengan nombor telefon dan butiran Instagram/TikTok saya sekiranya mereka mahu melihatnya (kegiatan China) sendiri.

Songs of My Felines/Instagram

Songs of My Felines/Instagram

Songs of My Felines/Instagram

“Saya sangat bimbang dengan reaksi mereka. Syukurlah, jiran saya menghubungi saya dan menyatakan bahawa mereka juga memelihara kucing di dalam rumah dan mereka benar-benar sukakan video yang dimuat naik serta mereka tiada masalah dengan kegiatan pencurian yang dilakukan oleh China,” tambah Monica.

Syukurlah China akan tetap selamat walaupun sering mencuri apa sahaja objek yang ditemuinya. Monica dalam pada itu turut mengambil inisiatif untuk membina sebuah ‘kotak pemulangan’ di tempat yang tidak boleh dicapai oleh China supaya jiran-jirannya boleh mengambil semula apa-apa objek mereka yang hilang.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular