Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Ia meliputi Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Manakala Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Astro Radio News/Facebook

Sementara Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan di dua buah negeri, iaitu Perlis dan Sarawak.

Keputusan ini dibuat kerajaan setelah penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negera (MKN), pelbagai Kementerian dan agensi serta nasihat pakar-pakar kesihatan awam diambil kira.

Dalam pada itu, pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Sebarang aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan, mesyuarat, seminar dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan di kawasan PKP.

Berita Harian

Namun ia dibenarkan terhadap negeri-negeri yang berada di bawah pelaksanaan PKPP, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

Susulan sekatan pergerakan rentas negeri dan daerah, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam 13 Januari.

Untuk negeri-negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad di dalam 10 kilometer radius dan hanya dua anggota isi rumah yang dibenarkan keluar dan berada dalam kenderaan yang sama.

Kerajaan juga telah mengenal pasti lima sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi iaitu sektor ekonomi perlu – pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi.

Berita Harian

Sementara sebanyak 30% sahaja pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat.

Untuk kumpulan sokongan, jumlah pekerja diperlukan akan ditentukan oleh majikan dan perlu mengambil kira pematuhan SOP yang ketat.

Mana-mana sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai sektor penting, arahan bekerja daripada rumah akan berkuatkuasa.

Aktiviti perniagaan melibatkan kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi namun hanya untuk perkhidmatan ‘take away’ sahaja di kawasan PKP.

Sementara di kawasan PKPB dan PKPP, ia dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sungguhpun terdapat sekatan pergerakan di kawasan PKP, pengecualian akan diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama bagi sesi 2020 dan 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP ketat.

Berita Harian

Bagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di kawasan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang sahaja.

Demi menjaga aspek kesihatan mental dan fizikal, pihak kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan aktiviti riadah dalam anggota isi rumah sahaja dengan memastikan jarak dengan orang lain sekurang-kurangnya 2 meter.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendedahkan bahawa pihak KKM juga telah membangunkan Pelan Pembangunan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Kerajaan akan pastikan hanya vaksin yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, berkualiti dan berkesan akan didaftarkan dan digunakan di Malaysia”.

Proses penilaian ini dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kelulusan dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi tujuan pendaftaran sebelum vaksin COVID-19 tersebut boleh digunakan di Malaysia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular