Satu kajian yang dibuat oleh firma Gallup, sebanyak 50% pekerja yang ditemuduga berkata bahawa mereka ada terfikir untuk meletakkan jawatan kerana pengurusan dan penyeliaan yang lemah.

Pengurusan yang baik dapat merangsang kekuatan kerja berpasukan, memberikan rasa pencapaian dan juga memberikan prestasi yang sangat baik kepada syarikat.

Jadi, gaya penyeliaan manakah yang disenangi oleh pekerja dan akan membuatkan mereka patuh akannya? Berikut adalah 5 jenis penyeliaan yang dibuat pakar :

1. Tolak untuk menjadi ‘pencuri kredit’

Foto hiasan/Pixabay

Setiap orang melakukan kesalahan dan kesemua merit adalah atas kerja masing-masing. Syarikat perisian sumber manusia, BambooHR mendedahkan bahawa lebih 1,000 pekerja di AS menilai 24 ciri  bos yang jahat – 57% daripadanya adalah ‘pencuri kredit’.

Pekerja agak dingin terhadap penyelian yang tidak cekap dan bersahaja menerima penghargaan. Pada masa yang sama, pekerja akan hilang kepercayaan terhadap majikan.

Penyelia yang tahu cara memberikan kredit dan aura kepada pasukan akan membuatkan pekerja bekerja lebih giat. Ini membawa maksud bahawa usaha mereka telah dilihat dan diketahui. Mereka juga akan mempunyai jangkaan untuk masa depan.

2. Tidak teragak-agak untuk menghargai pekerja

Foto hiasan/Pixabay

Mengapa sebilangan penyelia suka menjadi ‘pencuri kredit’? Mentaliti utama mereka adalah untuk mendapatkan pangkat, prestij dan gaji yang lebih tinggi. Mereka mesti mendapatkan apa yang dimiliki orang lain bagi membolehkan bos melihat mereka.

Namun begitu, ‘memijak’ orang lain atau rakan sekerja dengan tidak mengambil kira aspek penghargaan atas kerja mereka akan membuatkan anda ‘jatuh’ lebih teruk sebenarnya.

Tinjauan menyeluruh terhadap 200,000 pekerja oleh firma perunding kepimpinan, OC Tanner mendapati 79% meletakkan jawatan kerana penyelia tidak menghargai mereka.

Sebagai pemimpin, apa akan berlaku jika pekerja meninggalkan syarikat anda? Jangan pernah lupa bahawa anda sebenarnya mentor pasukan. Hanya dengan memupuk persekitaran yang positif mampu membawa kerjaya anda ke tahap yang lebih tinggi.

3. Mempunyai konsep digital dan peka

Foto hiasan/Pixabay

Kajian oleh syarikat pembangunan kepemimpinan, Hongzhi International Consultants (DDI) mendapati bahawa eksekutif peringkat tinggi dengan konsep digital dan ‘sensitif’ terhadap angka telah menunjukkan prestasi yang lebih baik iaitu sebanyak 50%. Ini menunjukkan bahawa kekuatan digital semakin banyak digunakan dalam kemahiran kepemimpinan abad ke-21.

Semua sedia maklum akan pentingnya aspek kepimpinan. Kajian yang teliti mendapati bahawa kepimpinan merangkumi segalanya – berurusan dengan insentif yang berkaitan dengan orang, memupuk bakat, mengurus pasukan, melaksanakan tugas yang ditugaskan oleh atasan dan antara jabatan, aspek komunikasi serta pelbagai lagi.

4. Berani untuk berinovasi dan merealisasikan visi

Foto hiasan/Pixabay

Kaedah terbaik untuk menjadi pemimpin yang cemerlang adalah dengan mengenali keperibadian dan kekuatan anda terlebih dahulu, kemudian pelajari gaya yang anda inginkan supaya anda dapat mencapai matlamat dengan lebih cepat.

Mengambil contoh Steve Jobs misalnya, beliau berdiri teguh bersama para pekerjanya selain memperkenalkan idea yang berani dan inovatif. Walaupun karakternya yang autokratik dan tidak henti-henti memberi tekanan pada pekerja, beliau sememangnya pemimpin yang memberi inspirasi.

5. Keupayaan untuk mengambil risiko dan menyekat halangan untuk pekerja

Foto hiasan/Freepik

Pemimpin yang hebat juga mempunyai kekurangan, namun sudah pasti mampu memimpin syarikat ke puncak dunia bergantung pada kemampuan untuk mengubah imaginasi yang mustahil menjadi kenyataan, kesediaan untuk mengambil risiko dan berada di barisan hadapan ‘laluan’ yang penuh dengan liku dan pancaroba.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular