Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang disukai ramai kerana kecomelan mereka yang tiada tandingannya.
Tetapi, yang anehnya, walaupun kucing tidak perlu berbuat apa-apa, tetapi gelagat mereka yang sentiasa keletihan sememangnya boleh membuatkan manusia berasa hairan.
Seekor kucing dari Jepun ini bukan sahaja gemar berbaring dan tidur sepanjang hari, kucing ini malahan suka ‘menongkat pipi’ ketika berbaring.
Disebabkan posturnya ini, kucing ini benar-benar kelihatan seperti kucing yang paling malas di dunia! Amboi!
Apabila pemilik kucing ini pulang ke rumah dari tempat kerja, dia melihat kucing kesayangannya berbaring sambil menongkat pipinya, lagaknya benar-benar seperti orang yang malas!
“Sudah pulang? Adakah makanan saya sudah siap? Saya penat dan lapar sepanjang hari.”
Walaupun kucing ini kelihatan malas, tetapi sebenarnya kucing ini sama seperti kucing lain yang normal. Bezanya hanyalah kucing ini memang gemar menongkat pipinya sejak kecil lagi.
Mungkin padanya, ini adalah postur yang paling selesa buatnya!
“Kamu tidak tahu bahawa menjadi kucing sememangnya adalah sangat memenatkan… Zzz”
Disebabkan kiriman gambar kucing yang ‘malas’ ini, ramai warganet berasa terhibur dan meninggalkan komen seperti “benarlah, kemalasan bermula dari zaman kanak-kanak,” “wajah kucing itu menunjukkan bahawa kucing itu mahu hambanya dengan segera menyediakan makanan untuknya.” Lucu betul!
Selain itu, ada juga antaranya yang berkongsi gambar kucing masing-masing yang mempunyai gelagat yang hampir sama seperti ‘kucing malas’ ini!
生後3週間ちょいの頃のうちの子も見てくださいw pic.twitter.com/q0eeibS98Y
— 雅@Fate垢 (@MIYABI__Jura) February 15, 2019
????私の猫ポンズ!???? pic.twitter.com/1JscILPPNg
— Λshie• ????????☘️ (@helloitsashie) February 15, 2019
Comel betullah kucing-kucing ini!
Maybe you're interested :
- Mengapa Parti Komunis China menyeksa hidup insan tidak berdosa lalu menjadikan mereka kurang siuman?
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”