Seperti manusia, haiwan peliharaan seperti kucing juga sebenarnya bersifat dinamik dan mempunyai personaliti masing-masing.
Samalah seperti seekor kucing yang ditempatkan di sebuah pusat perlindungan haiwan di Carolina Utara, Amerika Syarikat ini yang tidak begitu mesra dengan manusia.
Jika ada sesiapa sahaja yang cuba mendekati dan menghampirinya, kucing tersebut tidak teragak akan untuk menyerang.
Staf di pusat tersebut menyedari bahawa kucing yang diberi nama Perdita itu sememangnya garang. Tidak berupaya mengendalikannya, pusat itu kemudian bertindak mengiklankan Perdita untuk diadopsi.

Perdita yang berusia 4 tahun itu sebenarnya pernah mengalami trauma yang begitu hebat dalam hidupnya, di mana tuannya telah meninggal dunia. Ia memberi tamparan hebat buat Perdita.


Setibanya di pusat tersebut, Perdita berasa tidak selesa apabila dikelilingi rakan kucing yang lain serta manusia yang baru sahaja muncul dalam hidupnya.
Dan nampaknya taktik mengiklankan Perdita di Facebook itu membuahkan hasil, di mana pusat itu kemudiannya menerima lebih 175 permohonan untuk mengadopsi Perdita.

Perdita kemudiannya diserahkan kepada satu pasangan bertuah yang terpilih dari Tennessee. Pasangan itu juga memutuskan untuk menukarkan namanya kepada Noel.

Menurut perkongsian di Facebook, Noel gemar merenung ‘jiwa’ anda hingga anda rasa anda tidak akan berasa ceria lagi.
Noel juga tidak suka warna merah jambu, anak kucing, anjing, kanak-kanak, Dixie Chicks, filem Disney, Hari Krismas dan juga pelukan!
Semoga Noel hidup gembira di rumah baru tuannya..
Maybe you're interested :