Kes-kes penganiayaan haiwan sememangnya ada berlaku di mana-mana negarapun dan syukurlah, pendedahan mengenainya semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga membolehkan laporan dan bantuan diberikan dalam masa yang singkat.

Walau bagaimanapun, sekeping gambar ‘penganiayaan’ haiwan yang tular di internet tanpa pengesahan yang benar sememangnya boleh mendatangkan syak wasangka ramai orang.

@mochimaru_1209/Twitter

Maru, seekor burung berwarna putih pada pertengahan tahun 2020 pernah menjadi topik hangat apabila sekeping gambarnya yang ‘terbaring’ di dalam air yang diletakkan di dalam sebuah periuk mendatangkan kecurigaan ramai.

Dengan wajahnya yang hanya melihat ke atas dan air yang berkocak-kocak, ramai pengguna Twitter yang melihat foto itu tidak dapat menolak daripada menyangka bahawa burung itu sedang ‘direbus’ hidup-hidup dalam air panas yang menggelegak!

“Tidak, arah wajahnya agak aneh. Saya sedang berbaring. Apa yang sedang terjadi” tulis pemilik Maru di laman Twitternya ketika memuatnaik gambar Maru yang penuh kontroversi ini.

@mochimaru_1209/Twitter

Bagaimanapun, selepas mendapat banyak komen daripada warganet yang berasa terkejut dan menyangka bahawa Maru benar-benar sedang direbus, pemilik Maru dengan segera mengeluarkan kenyataan tentang perkara yang sebenarnya.

“Semua orang berkata tentang ayam goreng atau burung rebus, tetapi sebenarnya adalah burung yang gembira selepas mandi. Burung kecil yang gembira,” tulisnya menjawab semua dakwaan.

Memang lucu! Lihat sahajalah reaksi wajah Maru dengan keadaan air yang sedang berkocak di dalam periuk itu. Maru benar-benar kelihatan seperti sedang direbus hidup-hidup!

Tidak cukup dengan pernyataan itu, pemilik Maru juga memuatnaik sebuah video berdurasi 26 saat yang menunjukkan bagaimana gembiranya Maru ketika sedang mandi di dalam periuk itu. Dan yang penting, dengan menggunakan air sejuk!

Jadi, semua orang tidak perlu bimbang! Tiada mana-mana haiwan yang tercedera dalam penghasilan rakaman gambar dan video ini.

Comel betul telatah Maru ini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular