Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya pada 29 Disember lalu murka dengan sikap segelintir rakyat di daerah Mersing yang tidak menjaga kebersihan sehingga tempat awam di daerah itu dipenuhi oleh sampah-sarap.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Baginda bertitah kepada Royal Press Office (RPO) bahawa daerah Mersing adalah sebuah daerah pelancongan yang merupakan pintu utama untuk ke pulau-pulau pelancongan sekitar, jadi daerah tersebut tidak sepatutnya dalam keadaan yang kotor.

“Saya amat sedih dengan apa yang saya lihat di beberapa kawasan yang ditinjau. Apa nak jadi dengan Mersing? Sepatutnya tempat pelancongan tetapi apabila pelancong sampai, disambut sampah.

“Tidak malukah kita jika menjemput orang ke rumah sendiri tetapi keadaannya tidak sedap mata memandang? Ubahlah perangai dan buang sikap pengotor,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Menurut Baginda, Mersing adalah tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara serta kaya dengan keindahan alam semulajadi. Oleh itu, jika tabiat buruk ini diteruskan, hal ini akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada pelancongan, tetapi juga kesihatan awam.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Tambah Baginda lagi, Baginda mempunyai pelbagai idea untuk menarik pelaburan dan memajukan sektor di Mersing, tetapi dalam masa yang sama rakyat juga perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan di daerah Mersing.

“Tidak ada orang nak berkunjung ke tempat yang kotor,” titah Baginda lagi.

Sehubungan itu, Baginda Tuanku Sultan turut bertitah supaya pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan kompaun secara efektif supaya rakyat lebih berdisiplin dan tidak mencemarkan keindahan daerah Mersing.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular