Penyampai radio terkenal, Rush Limbaugh, telah menyahaktifkan akaun Twitternya pada hari Jumaat, 8 Januari, selepas Twitter menggantung akaun Presiden Donald Trump secara kekal.

Seorang jurucakap Twitter memberitahu sidang berita bahawa Limbaugh telah menyahaktifkan akaunnya, setelah syarikat itu menyatakan bahawa mereka akan menggantung akaun Trump secara kekal.

Limbaugh sebelum ini mempunyai sebanyak lebih 88 juta pengikut di laman Twitter.

Personaliti radio Rush Limbaugh menghadiri pidato State of the Union di Dewan Perwakilan di Washington pada 4 Februari 2020. (Drew Angerer/Getty Images)

Akaun Facebook penyampai radio itu bagaimanapun masih lagi aktif walaupun Facebook telah menyekat akaun Facebook Trump sekurang-kurangnya sehingga 20 Januari.

Susulan tindakan ini, Limbaugh masih belum memberikan apa-apa komen.

Beberapa individu lain turut meninggalkan laman Twitter pada hari Jumaat selepas sekatan terhadap Trump, termasuk seorang lagi penyampai radio, Mark Levin. Selain itu, Twitter juga telah menggantung akaun sebilangan besar penyokong Trump, termasuk peguam Sidney Powell dan Michael Flynn, bekas penasihat keselamatan negara Trump.

Sehubungan itu, beberapa pengguna ada menjemput orang ramai untuk bergabung dengan mereka di laman Parler, yang merupakan pesaing kepada laman Twitter. Bagaimanapun, laman Parler kemudiannya telah dikeluarkan dari kedai dalam talian Google dan diancam oleh Apple.

Twitter menjelaskan bahawa penggantungan terhadap akaun Trump dilakukan kerana kirimannya baru-baru ini diklasifikasikan sebagai menghasut keganasan. Dalam satu kiriman, Trump mengatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri majlis perasmian Presiden terpilih Joe Biden. Dalam satu lagi kiriman, Trump telah memuji penyokongnya, dengan mengatakan bahawa mereka akan mempunyai “SUARA GERGASI sehingga ke masa depan.”

 

 

 

Pihak Twitter kemudiannya telah menggantung akaun yang dikendalikan oleh pasukan Trump. Mike Hahn, pengarah media sosial untuk pasukan itu, mengatakan bahawa mereka telah memuat naik kenyataan dari Trump sebelum akaun itu digantung.

Sejumlah penyokong perundangan Demokrat memuji tindakan yang diambil oleh Twitter. “Walaupun sudah lama tertangguh, saya memuji Twitter karena mengambil tindakan untuk menggantung (akaun) Donald Trump dari platform itu secara kekal. Syarikat teknologi mesti bertanggung jawab atas ucapan kebencian dan maklumat yang salah yang disebarkan. Ini adalah langkah penting menuju kebertanggungjawaban,” tulis Robin Kelly (D-Ill.) dalam satu ciapannya.

Tetapi sebilangan ahli parlimen mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

“Twitter mungkin akan menggantung saya untuk (kiriman) ini tetapi saya dengan rela hati menerima nasib itu: Keputusan anda untuk menggantung akaun Presiden Trump secara kekal adalah kesalahan serius. Ayatollah boleh memuat naik kiriman, tetapi Trump tidak boleh. (Tindakan ini) banyak mengatakan mengenai orang-orang yang menguruskan Twitter,” tulis Pengerusi Kehakiman Senat, Lindsey Graham (R-S.C.).

“Sekatan akaun Presiden Trump secara tetap di Twitter sangat mengganggu. Daripada memupuk perdebatan terbuka, langkah ini akan memperdalamkan jurang di negara ini,” tambah Wakil Diana Harshbarger (R-Tenn.) “Tidak dapat diterima bahkan tidak dapat menggambarkan (buruknya) langkah ini.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular