Hasil keputusan ujian saringan pada 9 Januari mengesahkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media daripada Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 10 Januari.

Menurut kenyataan itu, Ahli Parlimen Jeli tersebut telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.

Beliau juga telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada jam 10:30 malam 9 Januari untuk pemantauan lanjut.

Tambah kenyataan itu, beliau juga pada 1 Januari lalu telah menjalani ujian saringan dan keputusannya adalah negatif.

@Tokpa_Comms/Twitter

“Beliau memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah SWT mudahkan urusan kita semua”.

Pembantu kepada beliau ada memberitahu bahawa beliau telah kembali ke Kelantan sejak 9 Januari untuk lawatan rutin ke kawasannya.

Beliau juga pada 4 Januari lalu telah bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung Rancangan Malaysia ke-12.

Pada 8 Januari, beliau juga ada menghadiri majlis kementerian bagi membincangkan hala tuju Unit Perancang Ekonomi 2021, selain bertemu dengan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular