JAKARTA- Sebuah pesawat penumpang Boeing 737-500 dari Sriwijaya Air, syarikat penerbangan ketiga terbesar di Indonesia, dilaporkan telah terhempas beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak.

Menurut Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi, Sriwijaya Air 182 dipercayai telah terhempas ke dalam laut di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Perkhidmatan pengesanan penerbangan Flightradar24 pula menunjukkan bahawa pesawat kehilangan kawalan pada ketinggian lebih dari 10,000 kaki dalam masa kurang daripada satu minit iaitu kira-kira empat minit setelah berlepas dari ibu kota Indonesia.

Twitter

Boeing 737-500 dikatakan memiliki kapasiti sekitar 130 orang itu telah membawa 62 orang penumpang termasuk enam orang anak kapal.

Satu kenyataan walau bagaimanapun telah dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu mengesahkan jumlah mereka yang berada di dalam pesawat tersebut.

The New York Times kmudian melaporkan bahawa Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) telah menemukan beberapa serpihan di barat laut Jakarta yang dipercayai berasal dari bangkai pesawat.

Menurut BBC, beberapa saksi mengatakan bahawa mereka telah melihat dan mendengar sekurang-kurangnya satu letupan.

“Pesawat itu jatuh seperti kilat ke laut dan meletup di air. Itu cukup dekat dengan kami, pecahan semacam papan lapis hampir menghantam kapal saya,” kata seorang nelayan yang berada di sekitar Pulau Lanchang.

ADEK BERRY/AFP via Getty Images

Penyelam tentera laut di Jakarta bersiap untuk operasi mencari dan menyelamat setelah Sriwijaya Air 182 menghempas Laut Jawa semalam.- Imej melalui  The New York Times

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melaui akaun Twitter rasmi mengatakan bahawa tiada warganegara Malaysia yang terlibat dalam nahas Penerbangan Sriwijaya Air 182.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular