Menu spageti bolognese adalah salah satu menu kegemaran orang ramai kerana rasanya yang enak dan mesra kanak-kanak. Tetapi, kami pasti ramai antara kita yang memasak menu spageti bolognese dengan menggunakan sos dalam tin atau puri tomato dalam tin sahaja sebelum ini.

Gambar hiasan. Unsplash

Oleh itu, untuk mengurangkan pengambilan makanan diproses seperti bahan masakan dalam tin, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda resipi spageti bolognese yang dimasak menggunakan tomato segar. Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di laman kumpulan Masak Apa Hari Ni dan telah meraih sehingga lebih dari 5,000 sukaan dan lebih dari 4,400 perkongsian.

Ayuh ketahui caranya!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 5 biji tomato segar (saiz besar dan sudah masak ranum)

2. 500g isi ayam

3. 1 biji bawang holland (dipotong dadu)

4. 4 ulas bawang putih (dicincang halus)

5. Garam secukup rasa

6. Gula secukup rasa

7. Herba kering oregano secukup rasa

8. Spageti yang telah direbus secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Hiris nipis bahagian luar kulit tomato seperti dalam gambar untuk memudahkan proses membuang kulit tomato selepas direbus.

Zurina Zulkefli/Facebook

2. Rebus tomato sehingga air mendidih (tidak perlu direbus terlalu lama).

Zurina Zulkefli/Facebook

3. Angkat dan toskan tomato sebelum menanggalkan kulit tomato. Kemudian, lenyekkan tomato sehingga hancur sepenuhnya.

Zurina Zulkefli/Facebook

4. Masak semula pes tomato yang telah dilenyek di dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan pes tomato menjadi sedikit berair.

Zurina Zulkefli/Facebook

5. Kemudian, tapiskan pes tomato untuk mendapat pes tomato tanpa biji.

Zurina Zulkefli/Facebook

6. Sebahagian pes tomato boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan akan datang.

Zurina Zulkefli/Facebook

7. Untuk memasak spegeti bolognese, tumiskan bawang holland, bawang putih dan isi ayam sebelum memasukkan pes tomato.

Zurina Zulkefli/Facebook

8. Perasakan dengan herba kering oregano secukup rasa.

Zurina Zulkefli/Facebook

9. Masukkan spageti yang telah direbus dan gaul sebati.

Zurina Zulkefli/Facebook

Menu spageti bolognese sudahpun siap!

Zurina Zulkefli/Facebook

Rupanya mudah sahaja menghasilkan puri tomato sendiri untuk memasak kuah bolognese ini. Bolehlah dicuba ya selepas ini.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular