Seperti yang kita sedia maklum, YouTube adalah salah satu saluran yang boleh memberi pulangan yang besar sekiranya pemilik akaun berjaya mendapat tontonan dan penglibatan ramai pengguna yang lain dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan.

Tetapi, tahukah anda bahawa seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, iaitu Ryan Kaji (dari Ryan’s World), adalah individu yang menerima pendapatan yang paling tinggi daripada YouTube untuk tahun 2020 dengan pendapatan sebanyak USD 29.5 juta (RM119,578,250)! Hebat!

Ryan’s World/YouTube

Laman Forbes yang mengeluarkan senarai ini bagaimanapun menegaskan bahawa pendapatan ini dikira mulai 1 jun 2019 sehingga 1 Jun 2020 dan angka yang diraih adalah sebelum cukai, tidak termasuk bayaran ejen, pengurus dan khidmat peguam.

Disamping itu, angka yang diraih juga adalah “berdasarkan data dari Captiv8, SocialBlade dan Pollstar serta wawancara dengan orang dalam industri.”

Ryan Kaji, yang merupakan YouTuber cilik dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2020 terdahulu memulakan salurannya dengan mengulas mainan dan kemudiannya secara perlahan-lahan berubah ke arah penghasilan video pendidikan.

Ryan’s World/YouTube

Sehingga kini, Ryan mempunyai 27.9 juta pengikut dan video yang bertajuk “HUGE EGGS Surprise Toys Challenge with Inflatable water slide” telah menerima lebih dari dua juta tontonan.

Selain Ryan, berikut adalah saluran YouTube yang turut tersenarai dalam senarai YouTuber yang menerima pendapatan paling tinggi pada tahun 2020:

  • Tangga kedua: Mr. Beast (USD 24 juta iaitu kira-kira RM97,284,000)
  • Tangga ketiga: Dude Perfect (USD 23 juta iaitu kira-kira RM93,230,500)
  • Tangga keempat: Rhett & Link dari Good Mythical Morning (USD 20 juta iaitu kira-kira RM81,070,000)
  • Tangga kelima: Markiplier (USD 19.5 juta iaitu kira-kira RM79,043,250)
  • Tangga keenam: Preston Arsement (USD 19 juta iaitu kira-kira RM77,016,500)
  • Tangga ketujuh: Nastya (USD 18.5 juta iaitu kira-kira RM74,989,750)
  • Tangga kelapan: Blippi (USD 17 juta iaitu kira-kira RM68,909,500)
  • Tangga kesembilan: David Dobrik (USD 15.5 juta iaitu kira-kira RM62,829,250)
  • Tangga kesepuluh: Jeffree Star (USD 15 juta iaitu kira-kira RM60,802,500)

Hebat betul angka-angka yang diraih. Tahniah diucapkan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular