Bukan mudah untuk menerima hakikat jika kita sendiri yang terkena jangkitan virus COVID-19, pastinya cabaran untuk sembuh akan menjadi sukar.
Bukan sahaja perlu duduk di hospital berhari-hari malah apa yang lebih menyakitkan perlu berjauhan dengan keluarga.
Namun, bayangkan pula si kecil ini yang perlu menghadapi semua pengalaman itu. Tanpa keluarga di sisi, dia perlu ke hospital dan menjalani rawatan di sana.


Ira yang ditemu ramah selepas itu, mengaku bahawa dia merasa sedih kerana terpaksa membiarkan anaknya dibawa ambulans ke hospital seorang diri kerana dia harus menjaga anak bongsunya, Nur Azaleeya yang masih kecil.

Menurutnya, kini suami dan anak sulungnya itu masing-masing sedang dirawat di wad yang sama di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Selepas mengetahui Nur Safiyya positif Covid-19, pihak KKM keesokannya memindahkan suami ke HKL bagi memudahkan urusan penjagaan Nur Safiyya yang akan tiba pada 8 Januari,” katanya.
Ira juga memuat naik video pertemuan Mohd Ifwan dan Nur Safiyya di Hospital Kuala Lumpur dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan kerana bertoleransi dalam menempatkan suami dan anak perempuannya di dalam hospital yang sama.
Tabah sungguh adik ini, tapi pilu bagi kita melihatnya:
Maybe you're interested :