Anjing adalah salah satu haiwan yang sangat setia dengan manusia yang sudi membantunya ketika dalam kesusahan. Walau apapun yang terjadi, mereka cenderung untuk menjadi ‘pelindung’ kepada manusia yang pernah berbakti kepada mereka.

Seorang pengusaha sewaan basikal di Taiwan, Mr. Tang, bagaimanapun ditakdirkan bertemu dengan seekor anjing jalanan yang secara tiba-tiba muncul di kedainya ketika Mr. Tang hendak menutup kedainya pada suatu hari.

Anjing itu mempunyai bulu berwarna keemasan, mempunyai tubuh yang kurus-kering dan kelihatan sangat lemah. Tersentuh dengan melihat keadaan anjing yang kecil itu, Mr. Tang kemudiannya memutuskan untuk menjaga anjing itu di kedainya setelah mendapat kepastian bahawa anjing itu tidak dimiliki oleh sesiapa.

Setelah anjing itu dipelihara oleh Mr. Tang, perniagaan Mr. Tang menjadi semakin baik kerana ramai pelanggan yang datang ke kedai sewaan Mr. Tang amat menyukai anjing. Disebabkan itu, Mr. Tang telah memutuskan untuk benar-benar menjaga anjing itu dan menamakannya sebagai “Xiaofu”.

Xiaofu adalah seekor anjing yang sangat ceria dan sangat suka menyambut kedatangan pelanggan yang datang ke kedai pemiliknya. Setiap pelanggan yang datang akan disambut dengan ceria sehinggalah Mr. Tang memutuskan untuk ‘menaikkan pangkat’ Xiaofu menjadi pekerjanya.

Kini, Xiaofu bukan sahaja akan menerima gaji bulanan, malah Xiaofu juga dilengkapkan dengan pakaian seragam pekerja Mr. Tang sama seperti yang lainnya. Memang comel betul!

Lihatlah pakaian seragam yang dipakai oleh Xiaofu ini, kami pasti Xiaofu berasa bangga kerana khidmatnya benar-benar diperlukan di kedai pemiliknya!

Disebabkan kini Xiaofu telah menjadi pekerja di kedai sewaan Mr. Tang, maka ramai pelanggan Mr. Tang yang ingin tahu tentang gaji bulanan yang diterima oleh Xiaofu pada setiap bulan.

Jadi, untuk mengotakan janjinya kepada Xiaofu, Mr. Tang dengan gembiranya mengeluarkan slip gaji khas buat Xiaofu dan seterusnya membelikan 24 tin makanan dalam tin untuk Xiaofu sebagai gajinya.

Bagaimanapun, menerusi gambar ini, Xiaofu tidak kelihatan gembira melihat ‘gaji’ yang diterimanya. Adakah Xiaofu tidak gembira dengan gajinya itu ataupun adakah Xiaofu berasa bahawa makanan itu tidak mencukupi untuk masa sebulan?

Lucu betul reaksi Xiaofu ini!

Diharapkan, Xiaofu akan terus kekal sihat dan dapat menjaga kedai Mr. Tang sehingga ke akhirnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular