TAIPING – Pihak polis Taiping Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) dilaporkan telah menjalankan operasi ‘Ops Penjaja Jalanan’ di sekitar pentadbiran IPD Taiping.

Operasi yang telah dilakukan pada 5 Januari lalu itu telah diketuai oleh ASP Ng Wei Boon, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Taiping, bersama Pegawai Kanan dan 3 Pegawai Rendah Polis.

Polis Daerah Taiping/Facebook
Polis Daerah Taiping/Facebook
Di dalam operasi tersebut pihak polis telah mengeluarkan 4 keping saman Pol 257 kepada penjaja diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri setelah dinasihatkan beberapa kali sebelum ini untuk menghentikan operasi mereka.

Polis Daerah Taiping/Facebook
Polis Daerah Taiping/Facebook
Dalam masa yang sama pihak berkuasa juga turut menasihati penjaja agar berniaga di tepi jalan yang lapang dengan menggunakan kanopi.

Hal ini kerana dengan berniaga di lampu-lampu isyarat boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada penjual malah turut mendatangkan bahaya pengguna lalu lintas yang lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular