CHINA – Seorang wanita berusia 22 tahun dilaporkan telah meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya sekitar jam 1.30 pagi.

Menurut laporan South China Morning Post, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu sedang berjalan pulang dari tempat kerjanya yang terletak di Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang pada 29 Disember lalu. Secara tiba-tiba, wanita ini jatuh di kaki lima dan tidak sedarkan diri.

Gambar sekadar ilustrasi / DetikInet

Sejurus kejadian, anggota paramedik tiba di tempat kejadian dan memberikan bantuan kecemasan. Zhang segera dikejarkan ke hospital namun selepas enam jam, dia dilaporkan meninggal dunia.

Menurut laporan, Zhang merupakan pekerja di syarikat Pinduoduo yang merupakan syarikat e-dagang terbesar bukan sahaja di China malah di seluruh dunia. Zhang yang baru bekerja di syarikat berkenaan selama enam bulan dipercayai meninggal dunia akibat budaya kerja 996 yang diamalkan dalam industri teknologi China sejak dahulu.

Jack Ma, pengasas syarikat e-dagang terbesar China / Odisi

Budaya kerja 996 merupakan peraturan kerja yang menjadi kebanggaan eksekutif tertinggi China termasuk pengasas Alibaba, Jack Ma dan pengasas JD.com, Richard Liu Qiangdon. Di dalam peraturan ini, pekerja ditetapkan untuk mematuhi waktu bekerja selama 12 jam sehari iaitu dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Di samping itu, para pekerja juga perlu bekerja selama 6 hari dalam seminggu. Berbeza dengan majoriti negara lain yang mengamalkan budaya kerja 955 iaitu waktu bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang selama 5 hari seminggu.

Gambar sekadar ilustrasi / Iluminasi

Bagi pekerja baru pula, mereka digalakkan untuk melakukan kerja lebih masa melebihi 72 jam seminggu dan inilah yang dilalui oleh Zhang. Namun, dalam satu kenyataan, syarikat Pinduoduo enggan memberikan sebarang komen mengenai kematian bekas pekerjanya itu. Bagaimanapun, ramai yang mempercayai punca kematian Zhang adalah disebabkan oleh bebanan kerja yang tinggi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular