Presiden Donald Trump akan dilarang daripada menggunakan akaun Facebook dan Instagram sehingga sekurang-kurangnya 20 Januari, menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, CEO Mark Zuckerberg pada 7 Januari.

Zuckerberg, dalam satu posting berkata Trump akan dilarang daripada menggunakan akaunnya pada ‘sekurang-kurangnya dua minggu ke hadapan sehingga peralihan kuasa secara damai diisytiharkan selesai.’

Rumah Putih dan kempen Trump tidak segera memberi respon untuk permintaan memberi komen.

Pengasas Facebook dan CEO Mark Zuckerberg ketika memberi keterangan di Washington pada 10 April 2018. (Samira Bouaou/The Epoch Times)

Mike Hahn, pengarah media sosial untuk kempen Trump, menulis di Twitter bahawa akaun Facebook peribadinya terkunci “hanya kerana mempunyai akses ke halaman Trump.”

“Perkara terakhir yang saya hantar adalah mengenai anak anjing saya yang baru (8 hari lalu). Nampaknya itu yang layak digantung? Juga, tiada siapa dari Facebook yang menghubungi kami,” tambahnya.

Langkah yang diambil Facebook berikutan Twitter memadamkan dua tweet presiden dan menghalangnya daripada menggunakan akaun selama sekurang-kurangnya 12 jam, menurut kenyataan syarikat itu.

“Setelah perakuan keputusan pilihan raya oleh Kongres diterima, keutamaan buat seluruh negara sekarang adalah memastikan 13 hari dan hari-hari setelah perlantikan rasmi berjalan lancar dengan damai dan bersesuaian dengan norma demokrasi yang telah ditetapkan,” tulis Zuckerberg.

Beliau menambah, “Kami percaya risiko membiarkan Presiden terus menggunakan perkhidmatan kami dalam tempoh ini terlalu besar. Oleh itu, kami melanjutkan sekatan yang telah kami letakkan di akaun Facebook dan Instagramnya selama-lama dan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu ke hadapan sehingga peralihan kuasa secara damai diisytihar selesai.”

Zuckerberg berkata platform media sosial mengalih salah satu video Trump pada 5 Januari kerana, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Facebook itu, presiden memutuskan untuk “menggunakan platformnya untuk memaafkan dan bukannya mengutuk tindakan penyokongnya di bangunan Capitol.”

Dalam video tersebut, Trump meminta para penunjuk perasaan untuk “pulang dengan damai,” sambil mengatakan bahawa pemilihan 3 November penuh dengan penipuan pengundi. Presiden juga mengatakan bahawa “kami sayang anda”, “anda sangat istimewa”, dan “Saya memahami kesakitan anda. Saya tahu anda semua terluka.”

“Anda mesti pulang sekarang. Kita perlu untuk memerlukan kedamaian. Kita perlu mempunyai undang-undang dan perintah. Kita perlu menghormati orang-orang hebat kita dalam undang-undang dan perintah. Kami tidak mahu sesiapa pun terluka,” katanya.

Beberapa pegawai pentadbiran Rumah Putih yang lain, termasuk kebanyakan anggota Kongres, mengecam pelanggaran undang-undang di Capitol. Sekumpulan penyokong Trump memasuki bangunan ketika Sidang Bersama Kongres diadakan untuk mengesahkan keputusan undi elektoral untuk Presiden yang dipilih Joe Biden.

Presiden Donald Trump dan calon Presiden Demokrat, Joe Biden (Getty Images)

Sebelum itu, Trump memberitahu sekumpulan penyokong bahawa rakyat perlu berdemonstrasi “secara damai dan patriotik.”

Datuk Bandar Washington D.C. Muriel Bowser mengeluarkan perintah berkurung mulai jam 6 petang pada 6 Januari, semasa Pengawal Negara dipanggil masuk.

Pada awal pagi Khamis, 7 Januari, Presiden Trump mengeluarkan kenyataan melalui penasihat Dan Scavino,  “Walaupun saya sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya, dan fakta-fakta tidak memihak saya, namun akan ada peralihan yang teratur pada 20 Januari. Saya sering mengatakan bahawa kami akan meneruskan perjuangan untuk memastikan bahawa hanya undi yang sah akan dikira. Walaupun ini merupakan penghujung penggal pertama terbaik dalam sejarah presiden, ini hanya permulaan perjuangan kita untuk Menjadikan Amerika Kembali Hebat.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular