KUALA LUMPUR- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini telah menyediakan nombor WhatsApp untuk kegunaan orang ramai yang mahu membuat sebarang makluman atau aduan mengenai jalan berlubang di kawasan mereka.

Perkara tersebut telah dimaklumkan melalui laman sosial Facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak DBKL pada 8 Januari lalu turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat kepada pihak mereka mengenai kerosakan jalan.

Menurut DBKL Kerjasama dengan memberikan lokasi yang tepat membolehkan pihak DBKL melaksanakan kerja baikpulih dengan lebih pantas. Bersama status tersebut beberapa gambar yang menunjukkan aduan yang dibuat oleh orang ramai turut dikongsi.

 

 

Bagi anda yang hendak memaklumkan sebarang kerosakan jalan anda boleh melakukan imbasan QR pada aplikasi WhatsApp seperti di bawah atau terus menggunakan nombor + 6011-62396652.

Facebook | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Maybe you're interested :

Share

Video Popular