Sebuah keluarga yang berasal dari Labis, Johor terdiri daripada 16 orang dengan yang bongsu berusia dua tahun, dan yang tertua berusia 60 tahun telah disahkan dijangkiti COVID-19

Dilaporkan keluarga besar ini tinggal serumah dan mereka telah melakukan perjalanan rentas negeri ke Lembah Klang untuk mengunjungi ahli keluarga lain pada 17 hingga 25 Disember 2020.

Selepas perjalanan tersebut, mereka pulang ke rumah dan wanita berusia 60 tahun dalam keluarga terbabit mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas.

Gambar Hiasan/Pexels

Wanita itu tinggal di rumah dan hanya dibawa ke Hospital Segamat setelah keadaannya dilaporkan bertambah buruk. 

Wanita tersebut meninggal dunia pada 3 Januari 2021 yang mempunyai latar belakang penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis, lapor Oriental Daily.

Saudara mara yang datang menziarahinya di rumah ketika wanita ini sakit juga disahkan positif jangkitan COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Berikutan jejak kontak rapat telah dilakukan, kesemua ahli keluarga lain dalam rumah yang sama telah disahkan positif COVID-19. 

Sebahagian daripada mereka telah dikuarantin, sementara yang lain telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sila duduk di rumah sekiranya anda tidak mempunyai perkara penting yang memerlukan anda untuk keluar. Dan jika berada di luar, pastikan anda mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan sentiasa menjaga kebersihan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular