Seorang pemilik kucing, Norhidayah Kamaruddin dilaporkan mendapat bantuan anggota bomba bagi menyelamatkan 40 ekor kucing peliharaannya.

Ini berhubung kejadian banjir yang melanda kediamannya yang terletak di Kampung Kenor, Kuala Krai yang dinaiki air separas lebih kurang 0.5 meter.

Menurut Norhidayah, dia menghubungi pihak bomba pada jam 10:30 pagi 7 Januari selepas mendapati paras air meningkat. Dia berasa bimbang jika tidak sempat mengalihkan kesemua kucingnya.

“Saya membawa bersama kesemua 40 ekor kucing peliharaan ini ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga banjir pulih”.

Wanita itu sebelum ini difahamkan hanya membela lima ekor kucing ketika banjir melanda, kelima-lima ekor kucingnya itu dipindahkan ke PPS bersama ahli keluarganya.

Namun kali ini, dia terpaksa meminta bantuan bomba untuk memindahkan semua kucingnya memandangkan jumlahnya yang agak besar.

Tambahnya, kesemua kucingnya itu sebenarnya adalah kucing jalanan yang diselamatkan. “Selepas banjir 2014, saya temui banyak kucing jalanan yang kelaparan yang sakit”.

Norhidayah kemudiannya membawa mereka pulang ke rumah untuk dirawat. Lama-kelamaan, timbul niat untuk menyelamatkan kucing sebegini.

“Bagi saya, selagi ia bernyawa, saya akan cuba menyelamatkannya. Saya anggap kucing jalanan yang saya bela sebagai anak sendiri”, katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata anggotanya mengharungi air sejauh 500 meter untuk menyelamatkan semua kucing itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular