Ketika Kongres Amerika Syarikat mengesahkan undi elektoral dalam pemilihan Electoral College pada 6 Januari, penunjuk perasaan bergegas ke bangunan Capitol, menyebabkan sidang bersama Dewan Perwakilan dan Dewan Senat Kongres terpaksa ditangguhkan.
Keesokan harinya, seorang netizen mendedahkan dalam video yang dimuat naik di Twitter yang menunjukkan seorang lelaki secara berterus-terang mengaku bahawa dia adalah salah seorang pengacau yang diupah untuk berpura-pura menjadi ‘penunjuk perasaan patriotik’ yang menyokong Trump.
Ahli Kongres Republikan Mo Brooks dalam laman Twitternya kemudian menulis beliau telah menerima amaran daripada seorang ahli kongres tentang ancaman kumpulan haluan kiri Antifa yang akan membuat kekacauan dan melakukan serangan di Kongres Amerika Syarikat sejak hari Isnin, 4 Januari.

Pada hari Rabu, 6 Januari semasa pengesahan keputusan pilihan raya presiden 2020 oleh Kongres Amerika Syarikat, penunjuk perasaan dan orang ramai menyerbu bangunan Capitol, menyebabkan sidang bersama Kongres ditangguhkan. Insiden terbabit telah menarik perhatian dunia.
Seorang netizen mendedahkan dalam sebuah video di Twitter pada awal pagi hari Khamis 7 Januari, dengan mengaku bahawa dia bukan penyokong Trump yang sebenarnya dan seseorang telah membayarnya untuk bergegas ke Kongres untuk mencetuskan masalah.
Kata lelaki ini, “Saya baru sahaja meninggalkan Capitol, dan kaki saya telah tercedera dan saya sangat tertekan. Saya kena mengakui bahawa saya terpaksa bekerja sangat keras untuk mencapai apa yang seseorang itu telah membayar kepada saya. Saya merakam video ini untuk membuat pengakuan. Saya diupah untuk berpura-pura menjadi penunjuk perasaan patriotik. Saya tidak dapat mendedahkan siapa mereka sekarang, bagaimanapun mereka adalah sebuah organisasi.”
Antifa成员承认自己是受雇收钱混入游行队伍冲击国会山。
另至少35名同伙成员被抓。这和香港反送中运动中,中共进入游行队伍的手法一致。
只是在香港是华人,
这里是西人。中共不灭
混乱不止— MrdoorVPN|翻墙梯子 (@Mrdoorvpn) January 7, 2021
Sebagai tambahan, Perwakilan Mo Brooks dari Alabama juga menulis di Twitter pada pagi 7 Januari bahawa semakin banyak bukti menunjukkan bahawa samseng Antifa telah mengatur serangan itu.
Brooks menulis, jangan bersemangat mempercayai berita palsu untuk menilai tentang serangan di Capitol, harap tunggu siasatan. Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa anti-fasis (ANTIFA) yang merancang serangan di Capitol melalui taktik kawalan licik ala samseng.
Seterusnya, Mo Brooks menyenaraikan 4 bukti berikut:
“1. Pada hari Isnin, seorang ahli Kongres memberi amaran kepada saya bahawa ancaman Antifa semakin meningkat dan menyarankan agar saya tidur di pejabat dan bukannya meninggalkan Capitol untuk tidur di kondo saya. Saya mendengar cadangan ini dan tidur di pejabat selama empat malam berturut-turut.
2. Ahli Kongres berkenaan memberitahu saya bahawa pada hari Selasa, polis Kongres memberi amaran kepadanya bahawa bahagian perisikan mencadangkan anggota Antifa akan memakai pakaian yang sama dengan penyokong Trump dan menyusup masuk ke dalam demonstrasi seperti menyokong Trump.
3. Pada hari Selasa, Polis Capitol menasihatkan bahawa cara yang terbaik adalah untuk tidak meninggalkan Capitol.
4. Sejumlah besar bukti awam menunjukkan bahawa ramai penyerang yang melakukan kekacauan di Capitol adalah samseng Antifa, bukan penyokong Trump.”
Brooks juga menekankan, “Masa akan mendedahkan kebenaran. Jangan terburu-buru untuk menilai. Jangan terpedaya dengan berita palsu. Mereka melaporkan di bawah penilaian berbaur politik.”
Beliau juga mengulangi pandangannya, “Pendakwaan penuh kepada semua yang terlibat!”
Please, don’t be like #FakeNewsMedia, don’t rush to judgment on assault on Capitol. Wait for investigation. All may not be (and likely is not) what appears. Evidence growing that fascist ANTIFA orchestrated Capitol attack with clever mob control tactics.
Evidence follows:
— Mo Brooks (@RepMoBrooks) January 7, 2021
Beberapa penganalisis juga menekankan pada masa kejadian, ia agak mencurigakan. Pada saat insiden berlaku, Senator Republikan Ted Cruz baru saja mencabar dalam sidang bersama Kongres untuk menentang keputusan Electoral College Arizona dan akan mengemukakan bukti penipuan pilihan raya. Laporan sebelumnya juga menunjukkan bahawa lebih daripada 100 ahli kongres akan mencabar kemenangan Biden.
Sebagai tambahan, sebuah video mendedahkan bahawa para pegawai penguatkuasa di bangunan Capitol yang membuka penghalang besi di tengah jalan untuk kumpulan ini dan membiarkan mereka bergegas memasuki Capitol.
they didn’t “breach” or “storm” the capitol building THEY WERE LET IN pic.twitter.com/SVeo6BcFV0
— a⁷ (@moonddng) January 6, 2021
Ramai kalangan netizen mempersoalkan dan mencadangkan bahawa tangan hitam PKC berada di belakang serangan ke atas Kongres di Capitol.
“Taktik biasa Parti Komunis”.
“Dari 8964 ke Hong Kong ke Amerika Syarikat … semuanya seperti dari tangan yang sama dan rutin yang sama”.
“Tahun lalu, Majlis Perundangan Hong Kong telah melakukannya dan ini sekali lagi.”
“Formula yang sama, teknik yang sama, akan dilakukan tanpa malu-malu sehingga ke akhir.”
“Serupa dengan teknik PKC!”.
Maybe you're interested :
- Mengapa Parti Komunis China menyeksa hidup insan tidak berdosa lalu menjadikan mereka kurang siuman?
- Lelaki hampir maut mendapat jangkitan paru-paru selepas memecahkan jerawat di bahagian bawah bibirnya
- Aktivis hak asasi manusia United Kingdom mendedahkan bahawa Kedutaan Besar China di Britain berulang kali cuba untuk mendiamkannya