Seorang lelaki berusia 35 tahun telah diculik dan dirompak oleh empat lelaki yang menyamar menjadi pegawai polis ketika melalui lebuh raya di Subang Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman, kejadian berlaku pada 5 Januari di tol Sunway di Subang Jaya di mana keempat-empat lelaki itu menghentikan mangsa di tepi lebuh raya dan mendakwa mereka adalah pegawai polis, lapor Oriental Daily.

“Mangsa telah keluar untuk berjumpa dengan beberapa rakan ketika memandu kereta Subaru Forester pada jam 8.45 malam, tetapi menyedari bahawa dia sedang diikuti oleh sebuah kereta Honda HRV yang terus memasang lampu tinggi ke arahnya,” kata ACP Abd Khalid.

Paparan Skrin/ Oriental Daily

ACP Abd Khalid menambah ketika mangsa sampai di hentian tol, kereta Honda HRV itu menghampiri kenderaan mangsa dan menyuruhnya berhenti. Keempat-empat lelaki itu kemudian keluar dari kereta terbabit dan mendakwa mereka adalah pegawai polis. 

Mereka menyuruhnya bekerjasama dengan ‘siasatan’ yang sedang dijalankan dan membiarkan salah seorang daripada mereka memandu kereta Subaru miliknya.

“Ia mengambil masa tiga jam apabila keempat-empat lelaki itu memandu kereta mangsa ke kawasan perindustrian Bukit Beruntung dan meninggalkan mangsa di sana. Mereka kemudian mengambil telefon pintar mangsa, kad ATM, dan wang tunai RM300 sebelum melarikan kereta mangsa,” katanya sambil menambah sejumlah kerugian RM70,000 telah dirompak daripada mangsa.

ACP Abd Khalid Othman menambah mangsa kemudian pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan dengan bantuan orang ramai.

“Mangsa tidak cedera, dan pihak polis kini sedang menyiasat kes tersebut untuk mengesan suspek,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila dihampiri ‘anggota polis’ dengan pengenalan yang mencurigakan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular