Dalam wawancara dengan program “American Thought Leaders” terbitan The Epoch Times, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo menjelaskan tentang usaha pentadbiran Trump untuk menghubung kembali Amerika moden dengan asal-usul gagasan negara itu berdasarkan hak yang diberikan oleh Tuhan dan menggambarkan dasar luar pentadbiran kini adalah untuk menjaga keselamatan Amerika Syarikat daripada ancaman komunisme dari seluruh dunia.

Di awal wawancara, hos program Jan Jekielek bertanya kepada Pompeo mengapa Amerika Syarikat memerlukan masa yang lama untuk mengenakan sekatan kepada Parti Komunis China atas pelanggaran hak asasi manusia terhadap pengamal kumpulan meditasi Falun Gong.

“Kamu kembali ketika di Dataran Tiananmen. Kita telah mengetahui hakikat semula jadi rejim ini, dan terus terang, mereka yang mencintai kebebasan di seluruh dunia telah mengetahui sifat rejim ini yang autoritarian di sepanjang sejarah. Namun kita tidak menghiraukannya,” jawab Pompeo.

Pompeo menjelaskan bahawa alasan untuk mengabaikan pelanggaran hak asasi manusia PKC (Parti Komunis China) adalah sebahagian besarnya kerana wujud kepercayaan bahawa jika Amerika Syarikat terlibat dalam perdagangan serta timbal balik yang adil, keadaan akan bertambah baik. Namun, kenyataan menunjukkan bahawa idea itu jelas “palsu di sepanjang jalan.”

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo di Jabatan Negara AS di Washington pada 4 Januari, 2021. (Charlotte Cuthbertson/The Epoch Times)

Beliau terus menjawab dengan mengatakan bahawa Presiden Donald Trump memahami kegagalan polisi persefahaman itu sejak dari awal dan mengubah pendirian Amerika pada dasarnya, sambil menambah bahawa bukan hanya Amerika Syarikat yang telah mengubah pandangannya terhadap China, tetapi keseluruhan negara Barat.

“Sehinggakan anda melihat Eropah, Australia dan Asia Tenggara, mereka sudah tahu, mereka menyedari bahawa Parti Komunis China tidak memberi sebarang kebaikan,” kata Pompeo.

Pompeo menambah bahawa sementara pembangkang memberi amaran tentang kesalahan PKC, Amerika Syarikat terlibat dalam operasi menangani keganasan yang sangat serius dan fokus telah dikeluarkan dari PKC.

“Kita tidak memerhatikan ancaman yang sangat besar ini dan sekarang ini ia ada di hadapan kita. Sekarang berada di dalam pagar, Parti Komunis China ada di Amerika, dan pentadbiran Trump telah memulakan di setiap dimensi untuk mengubah laluan kapal ke arah yang betul, untuk membuat Amerika sekali lagi melakukan perkara yang betul dan melindungi dirinya dari ancaman komunis ini dari China.”

Pompeo kemudian ditanya mengapa dia lebih fokus kepada kebebasan beragama berbanding setiausaha negara lain.

“Di tengah-tengah setiap tamadun, idea ini adalah bahawa manusia mempunyai maruah yang tersemat kerana sifat kemanusiaan mereka. Dan jika mentafsirkannya secara salah, perkara buruk akan mengalir dari situ,” katanya.

Pompeo berkata di bawah kepemimpinan Trump, mereka telah memfokuskan perhatian kepada kebebasan beragama bukan hanya di China tetapi terutamanya dengan PKC.

“Kami telah melihat apa yang mereka lakukan kepada etnik Uyghur di bahagian barat negara itu. Kami telah melihat apa yang telah mereka lakukan kepada warga Tibet. Kami sekarang melihat mereka melakukan perkara yang sama kepada etnik minoriti lain, termasuk di Mongolia dan bahagian utara China. Dan kemudian penganut Kristian di seluruh negara,” kata Pompeo.

“Perkara-perkara yang mendasar kepada maruah manusia adalah sesuatu yang menjadi ciri khas rejim autoritarian dan Setiausaha Umum Xi Jinping juga tidak berbeza. Dia tahu keperluan untuk memperluaskan kuasa yang dipertingkat dan kawalan untuk mengekalkan kemampuannya dalam pemerintahan. Dengan menutup ruang penting yang perlu ada dalam kebebasan beragama bagi setiap manusia di dunia,” tambah beliau.

Pompeo berkata pentadbiran Trump telah melakukan yang terbaik untuk membela semua pelanggaran ini dan yakin bahawa, “Dunia akan terus bertahan, menuntut hanya yang mudah iaitu Parti Komunis China mengizinkan semua orang menggunakan hak mereka untuk mengamalkan kepercayaan dan pegangan agama masing-masing, dan bukan dengan cara yang dipilih oleh PKC.”

Pompeo juga turut menjelaskan mengapa beliau menekankan perbezaan yang nyata antara Parti Komunis China dan orang-orang China, bahawa orang-orang yang tinggal di sana adalah baik tetapi malangnya ‘berada di bawah pemerintahan rejim autoritarian’.

“Orang-orang China yang tinggal di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, kita mahu menghormati mereka, dan mengagumi mereka. Kami berharap mereka juga akan turut serta dalam seruan untuk mengubah sifat rejim ini tentang bagaimana mereka bertindak dalam kegiatan antarabangsa,” kata Pompeo.

“Saya yakin bahawa tekanan di pihak Parti Komunis China adalah nyata. Ia bukan hanya kerana para pemimpin yang memintanya, kerana semua orang di seluruh dunia dapat melihatnya, wajah sebenar Parti Komunis China telah terdedah.”

Setiausaha Negara Mike Pompeo (Laszlo Balogh/Getty images)

“Berniaga dengan China secara adil atau mempunyai pelajar dari China di Amerika Syarikat bukan masalahnya, selagi mereka tidak melanggar undang-undang dan peraturan yang akan menjejaskan keselamatan atau kebebasan di Amerika,” tambahnya.

“Setiap pengalaman yang saya lalui, selama enam tahun saya sebagai anggota Kongres, dan sekarang empat tahun berkhidmat dalam pentadbiran Trump, akan menunjukkan bahawa apa sahaja kecuali tidak mempercayai apa-apa yang datang dari Parti Komunis China adalah satu kedunguan. PKC memungkiri janji demi janji demi janji,” kata Pompeo.

Pada bahagian terakhir wawancara itu, Pompeo ditanya mengenai pentingnya ‘Commission on Unlienable Right’ (pdf).

Beliau menjelaskan bahawa tujuannya adalah untuk menyambung kembali ke gagasan di mana Amerika Syarikat didirikan – hak yang benar dan semula jadi yang diberikan Tuhan kepada manusia dan diperakui oleh bapa pengasas Amerika Syarikat, yang bukan diciptakan oleh mereka.

“Ini mengingatkan kita akan kehebatan Amerika akan betapa pintar dan berkemampuan pengasas kita, dan mengapa itu sangat penting kepada kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita. Saya ingin membawa kita kembali ke tradisi itu,” kata Mike Pompeo.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular