Statistik kes positif baharu COVID-19 berkemungkinan meruncing dengan unjuran 8,000 kes sehari seawal minggu ketiga Mac akan datang, jika nilai kebolehjangkitan (RO) melepasi kadar 1.2.

Ia diramalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), di mana gelombang ketiga itu boleh meningkat secara mendadak kepada 5,000 kes harian menjelang minggu ketiga Februari dan terus melonjak pada Mac jika nilai RO kekal pada tahap 1.2.

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikekalkan dengan RO pada kadar 1.1, unjuran kebolehjangkitan 8,000 kes sehari dapat diperlahankan.

@DGHisham/Twitter
@DGHisham/Twitter

Berhubung dengan situasi itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa adalah penting untuk RO diturunkan.

Ia merujuk kepada nilai atau kurang daripada 0.5 bagi membolehkan jangkitan COVID-19 dikawal sepenuhnya.

“Jika RO meningkat pada kadar 1.2, kes harian COVID-19 boleh mencecah 3,000 kes pada minggu keempat bulan ini”, ujar beliau.

Setakat 5 Januari lalu, nilai RO COVID-19 di Malaysia dicatatkan pada paras 1.07 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan setakat 7 Januari pula mencecah 25,221 kes.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular