Pihak GSC baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup cawangan di dua buah lokasi secara kekal berhubung cabaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kenyataan itu diumumkan di laman Facebook mereka pada 7 Januari melibatkan cawangan mereka di Cheras Leisure Mall dan di Berjaya Times Square.

“Kami di GSC Cheras Leisure Mall telah beroperasi lama, sejak tahun 1995 dan juga sejak tahun 2005 di Berjaya Times Square. Disebabkan situasi semasa, iaitu sekatan pembukaan ketika PKPB, kami terpaksa menutup terus cawangan pawagam ini”.

“Dengan ini, kami mahu merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pelanggan kami yang sudah lama menyokong GSC Cheras Leisure Mall dan GSC Berjaya Times Square”.

Mereka juga dalam pada itu mengingatkan orang ramai untuk menunggu pengumuman lanjut mengenai pembukaan semula cawangan GSC lain di kawasan Lembah Klang atau berita terkini menerusi akaun media sosial mereka.

“Kami tidak sabar menunggu anda semua untuk berkunjung lagi ke pawagam kami tidak lama lagi”, akhiri kenyataan tersebut.

Nampaknya penduduk berdekatan dua lokasi yang disebutkan tadi pasti berasa kehilangan, bukan? Apa pun, terima kasih GSC Cheras Leisure Mall dan GSC Berjaya Times Square untuk semua kenangan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular