Presiden Donald Trump berkata pada 6 Januari bahawa beliau akan memenangi pilihan raya presiden penggal kedua jika Naib Presiden Mike Pence melaksanakan tindakan sementara Kongres mengira undi elektoral.

“Sekiranya Pence berjaya melalui proses itu untuk kita, maka kami akan memenangi pilihan raya,” tegas Trump dalam Twitter.

“Banyak negeri ingin mengesahkan kesalahan yang mereka buat dalam mengesahkan nombor yang salah bahkan yang palsu dalam proses yang TIDAK disahkan oleh Badan Perundangan Negeri mereka (di mana semestinya). Mike boleh menghantarnya kembali!” beliau menambah.

Naib Presiden Mike Pence, semasa di The Capitol di Washington, pada 3 Januari 2021.(ERIN SCHAFF/POOL/AFP via Getty Images)

Pasukan calon presiden Demokrat Joe Biden tidak membalas permintaan untuk memberi komen.

Dalam perutusan lain, Trump berkata Pence ‘mempunyai kuasa untuk menolak pemilih yang dipilih secara penipuan’. Beliau juga bercakap tentang masalah itu ketika mengadakan perhimpunan di Georgia, dengan menyatakan ‘harapannya’ adalah Pence akan sampaikan.

Naib Presiden berperanan sebagai presiden dalam Senat. Dengan peranan itu, Mike Pence mempengerusikan sesi bersama Kongres pada 6 Januari.

Kuasa Pence adalah untuk menolak pemilih yang telah dipertikaikan. Ada yang mengatakan bahawa beliau boleh menolak beberapa undi elektoral, sementara yang lain berpendapat bahawa beliau tidak boleh berbuat demikian.

Menurut Perlembagaan Amerika Syarikat, pemilih setiap negeri harus bersidang, mengemukakan senarai undi mereka, ‘yang akan ditandatangani dan disahkan’ dan diserahkan kepada presiden Senat.

“Presiden Senat akan hadir di hadapan Senat dan Dewan Perwakilan, untuk membuka semua perakuan dan undi kemudian akan dikira,” demikian menurut ’12th Amendment’.

‘Electoral Count Act of 1887’ yang kini dikenali sebagai ‘3 U.S Code Section 15’ menyatakan naib presiden akan membuka sampul surat dengan undi yang disahkan dan menyerahkannya kepada juruaudit untuk dikira. Beliau kemudian akan menyerahkan sampul surat itu kembali dan membaca keputusannya secara lantang.

Sekiranya terdapat dua set sijil perakuan untuk sebuah negeri, seperti yang berlaku untuk beberapa negeri kali ini, Dewan Perwakilan dan Senat secara berasingan akan memilih set mana yang sah. Sekiranya dewan mengundi secara berbeza, set yang diperakui oleh gabenor negeri akan dikira secara sah.

(Win McNamee/Getty Images)

Ada yang mempertikaikan tindakan itu mengehadkan kuasa naib presiden. Perwakilan Louie Gohmert (R-Texas) dan wakil pemilih Republikan Arizona menyaman Pence akhir tahun lalu, dengan meminta hakim untuk mengisytiharkan bahagian itu sebagai tidak berperlembagaan. Bahagian akta itu “mengehadkan atau menggugurkan kuasa eksklusif dan budi bicara mutlak presiden senat di bawah 12th Amendment untuk menentukan senarai pemilih yang mana satu untuk negeri, atau tidak, yang mungkin dikira,” mereka berhujah.

Tuntutan tersebut telah ditolak oleh hakim daerah dan permohonan rayuan turut ditolak.

Ada yang mempercayai peranan Pence lebih terhad. “Saya tidak fikir kuasa naib presiden benar-benar dikira menurut undang-undang. Beliau hanya berada di sana. Ini benar-benar berlaku di Kongres,” kata Senator Josh Hawley (R-Mo.) kepada Fox News pada 5 Januari.

Kongres pada 3 Januari meluluskan peraturan yang mengatur bagaimana sesi bersama akan dijalankan.

Di tujuh negeri, pemilih ‘alternatif’ mengundi Trump. Biden disahkan sebagai pemenang di tujuh negeri tersebut.

Dalam senario yang dibayangkan oleh Trump dan para penyokongnya, Pence mengisytiharkan pilihan raya di negeri-negeri tertentu dijalankan secara melanggar undang-undang pilihan raya negeri itu sendiri. Beliau menyebut bukti atau tuduhan penipuan. Pence kemudian beralih untuk mengesahkan undi alternatif untuk Trump.

Demokrat menolak kemungkinan itu, bersama dengan beberapa wakil Republikan. Mereka berpendapat pilihan raya sudah berakhir dan sesi bersama adalah formaliti.

“Saya tahu ramai di West Virginia kecewa dengan keputusan pilihan raya, tetapi sudah tiba masanya untuk kita mara ke hadapan dan meletakkan negara dan Perlembagaan kita mengatasi seseorang atau parti,” kata Senator Joe Manchin (DW.Va.) dalam satu kenyataan pada 5 Januari.

Penyokong Presiden Donald Trump di Washington DC pada 5 Januari 2021. (Saul Loeb/AFP /Getty Images)

Pence telah memberikan sedikit petunjuk tentang apa yang akan beliau lakukan. Beliau meminta hakim untuk menolak saman Gohmert, tetapi tidak melakukan pelaksanaan jalan tindakan. Jurucakapnya berkata bahawa beliau menyokong usaha untuk membantah undi elektoral, kemungkina jalan kedua, tetapi mungkin mustahil, menuju kemenangan buat Trump.

Sementara itu, kempen Trump, mengatakan pada lewat Selasa 5 Januari bahawa Pence tidak, seperti yang dilaporkan dalam laporan sumber tanpa nama, memberitahu Trump bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk menolak undi elektoral.

“Dia tidak pernah menyatakannya. Naib Presiden dan saya sepenuhnya bersetuju bahawa naib presiden mempunyai kuasa untuk bertindak.” kata Trump dalam satu kenyataan melalui pasukan kempennya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular