Apalah daya haiwan jika ditimpa kesusahan. Mahu atau tidak, kita sebagai manusia yang prihatin perlulah membantu mereka.

Seperti apa yang terjadi pada seekor lembu malang ini, di mana kepalanya tersangkut di dalam sebuah baldi getah.

Tanpa bantuan manusia, mana mungkin baldi tersebut dikeluarkan daripada kepalanya. Namun berlaku pula insiden lucu yang tidak dijangka selepas itu.

@HermyRahim/Twitter

Sesudah sahaja seorang lelaki menarik baldi tersebut, lembu itu kemudian bertindak mengejar individu itu pula.

Mungkin itu cara lembu berkenaan menzahirkan rasa terima kasih atau lembu itu sangkakan individu itulah yang menjadi punca kepalanya tersangkut, siapa tahu bukan?

Insiden tersebut membuatkan individu yang merakamkan video berkenaan dan beberapa rakan yang lain turut ketawa!

@HermyRahim/Twitter

Ia secara tidak langsung turut menghiburkan lebih pengguna di Twitter yang menontonnya dan sehingga kini, ia telah ditonton lebih 129,000 kali.

@HermyRahim/Twitter
@HermyRahim/Twitter
@HermyRahim/Twitter
@HermyRahim/Twitter
@HermyRahim/Twitter

Aduhai, kelakar betul. Tidak tolong, salah. Jika tolong, jadi macam ini pula..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular