Sambutan hari yang istimewa rasanya tidak akan lengkap tanpa kek. Ini kerana hidangan itu menjadi pelengkap kepada sambutan yang diraikan.
Jika membeli kek di kedai, sudah pasti kita tidak akan melepaskan peluang untuk menulis mesej bermakna sebagai hiasan pada permukaan kes tersebut bukan? Ia sudah jadi satu kemestian.
Lain pula halnya yang berlaku pada pemuda dari Singapura ini yang pertama kali membeli kek secara dalam talian.

Kek tersebut dipesannya khas untuk meraikan sambutan hari lahir adiknya. Jadi, dia fikir adalah perlu untuk memberitahu penjual bahawa kek itu akan diambil oleh siapa.
“Wil be collected by Albert’, tulis Windez Tay selaku pembeli kek itu yang berkongsi kisah ini di akaun Facebooknya.
“Saya fikir ruangan ‘mesej’ yang perlu diisi itu adalah pesanan yang saya tinggalkan kepada kedai kek tersebut”, tulis Windez.

Rupa-rupanya ia adalah ruangan khas untuk pembeli meninggalkan mesej untuk dituliskan pada permukaan kek.
Insiden tersebut ternyata mengundang tawa ahli keluarganya yang sungguh terhibur. Ia sememangnya menceriakan sambutan hari lahir tersebut.
Perkongsian Windez itu kemudiannya menjadi tular dan akhirnya pihak kedai kek, The Pine Garden menghubungi bapa Windez untuk menggantikan kek yang baru.

Ia dibuat sebagai ganti rugi namun tawaran itu ditolak oleh keluarga mereka memandangkan ia berlaku berpunca daripada kesilapan Windez sendiri.
Tidak mengapalah, asalkan hari yang disambut itu masih lagi bermakna. Masa yang diluangkan bersama keluarga adalah jauh lebih penting berbanding segalanya.
Maybe you're interested :
- Koronavirus : Pihak berkuasa China dikatakan sembunyi data kematian dan skala sebenar penularan wabak
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”