Oleh kerana kini kerajaan telah memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk merentas negeri, maka ramai yang mengambil peluang bergegas pergi bercuti ke tempat pelancongan tempatan yang menarik.

Dengan kedatangan lebih ramai pelancong tempatan dari negeri lain, maka ini bermakna kakitangan pusat peranginan di beberapa tempat mungkin lebih sukar mengawal tingkah laku pelancong yang tidak bertatasusila dan suka membuat tempat orang lain seperti rumah sendiri dengan sesuka hati.

Sebuah pusat peranginan bertasik di Perlis menggunakan Facebook untuk berkongsi pengalaman mereka dengan para pengunjung yang tidak bertimbang rasa serta tidak menjaga tingkah laku.

Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu / Facebook

Resort ini memuat naik satu posting dengan bertanya kepada netizen jika mereka sedia maklum dan sedar bahawa bunga tulip buatan yang dipasang itu cantik dan akan lebih cantik pada waktu malam ketika ia disinari dengan lampu, maka sudah semestinya mereka akan suka dan ceria.

Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu / Facebook

Pihak pengurusan resort ini menjelaskan bahawa mereka berharap para pengunjung dapat bekerjasama untuk turut menjaga bunga-bunga tulip itu dengan baik kerana pekerja penyelenggaraan yang mereka panggil ‘abang maintenance’ terpaksa menyambung bunga tulip ini satu persatu, jika ia dirosakkan.

Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu / Facebook

“Harap semua bekerjasama. Sayangkan bunga-bunga ini. Jangan pijak, jangan duduk, jangan tidur dan jangan cabut bunga-bunga ini,” tulis mereka. 

Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu / Facebook

Posting dari Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu ini disampaikan dengan nada yang lembut. Mereka juga memuat naik beberapa gambar pemandangan bunga-bunga tulip buatan indah yang berada di pusat peranginan itu. 

Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu / Facebook

Manakala sebahagian gambar lagi menunjukkan tingkah laku pengunjung kurang sopan dan tidak peduli untuk menjaga kesemua bunga tulip ini, dengan ada yang berbaring di atas bunga atau duduk di atasnya. 

Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu / Facebook

Sehingga merosakkan bunga tulip buatan berkenaan.

Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu / Facebook

Diharap anda tidak tergolong dalam kalangan pengunjung yang tidak bertimbang rasa seperti ini ketika sedang melancong. 

Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu / Facebook

Berseronok dan bergembira ketika melancong itu sememangnya perlu, namun menjaga tingkah laku serta harta benda pihak lain itu pula merupakan satu keperluan dengan rasa penuh tanggungjawab.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular