Menjaga kebersihan sememangnya merupakan amalan terpuji. Sungguhpun ramai yang mementingkan alam sekitar namun ada juga yang bersikap sambil lewa.
Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan pengguna jalan raya yang membuang dua beg sampah menerusi tingkap keretanya.

Insiden dipercayai berlaku di kawasan jambatan di Tanah Merah, Kelantan.
Sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang bergerak perlahan secara tiba-tiba memperlahankan kereta di bahu kiri jambatan.
Kemudian kelihatan dua individu di dalam kereta tersebut mencampakkan dua beg plastik yang dipercayai sampah ke dalam sungai.
Saksikan video tersebut :
Video yang dimuat oleh akaun Facebook, Tham Lai Keang itu kemudiannya telah dikongsikan lebih 25,000 kali dan menerima kecaman orang lain.
Tham Lai Keang/Facebook
Memang mengundang kecaman. Ingat ya semua, buang sampah di tempat yang betul. Jangan sesekali berkelakuan memalukan sebegini..
Buktikanlah rakyat Malaysia adalah warganegara yang bertamadun!
Maybe you're interested :
- Ganggu kumpulan orkestra yang sedang buat persembahan, telatah selamba kucing ini cuit hati penonton
- Monyet comel ini gigih benar bantu tuannya potong kacang buncis di dapur, kalah semua manusia sambil rasa malu pun ada
- Mengapa Parti Komunis China menyeksa hidup insan tidak berdosa lalu menjadikan mereka kurang siuman?